Sakarang Netflix makin naik harga. Tiba-tiba jadi lebih mahal tanpa umum lebih awal. Tapi sebab masih nak layan movie dan siri, ada tak sebenarnya cara dapatkan Netflix dengan harga murah tapi masih dengan akaun yang legit dan bukan secara menipu?
Baru-baru ni kecoh tiba-tiba Netflix mengumumkan kenaikkan harga langganan untuk pengguna Malaysia. Jadi macam-macam lah komen daripada nitizen; ada yang masih boleh terima jika dibandingkan kandungan yang disediakan dan ada yang bagi harga tak masuk akal.
Bagi yang tak boleh terima, mereka buat keputusan untuk hentikan langganan selepas tamat tempoh. Tapi masih juga ada yang terus kekal dengan Netflix sebab banyak cerita-cerita best yang ada berbanding di platform OTT yang lain.

BACA JUGA : Saksikan Siri Kudrat 1968: High Council Di Netflix
Waktu itu juga timbul persoalan, adakah harga Netflix yang ditawarkan ini adalah tetapi atau sebenarnya boleh dengan harga yang lebih murah? Tapi kalau boleh masih dengan menggunakan akaun legit dan bukan beli Shopee dan sebagainya.
Harga Terkini Netflix
Sehingga November 2026, berikut merupakan harga langganan Netflix secara bulanan bagi 4 plan utama iaitu :
- Mobile : RM19.90
- Basic : RM33.90
- Standard : RM55.90 (add-on 1 extra member)
- Premium : RM69.90 (add-on 2 extra member)
Selain itu, untuk harga extra member juga turut naik dengan harga terbaru adalah RM14.90 seorang.

Cara Dapatkan Netflix Dengan Harga Murah
Untuk nampak penjimatan dan dapat harga Murah, plan paling berbaloi adalah plan Premium iaitu berharga RM69.90. Daripada plan ini anda boleh menonton di semua platform termasuk smartphone dan smar tv serta kualiti adalah 4K + HDR.
Of course plan paling murah semestinya plan Mobile dengan harga RM19.90. Tetapi ianya terhad kepada platform mobile dan tablet sahaja. Kemudian kualiti yang ditawarkan hanya sekadar 480p.
Jadi sebenarnya macam mana cara nak dapat harga murah Netflix dengan melanggan plan Premium?
Untuk info, plan ini menawarkan 2 slot extra member. Ini bermakna secara keseluruhan, seramai 3 orang boleh strim dalam satu-satu masa tanpa isu household. Ketiga-tiganya mempunyai profile sendiri.
Jadi cara nak jimat dan dapat harga murah, anda kena kongsi 3 orang untuk plan Premium. Ini bermakna anda bayar RM69.90 + RM14.90 + RM14.90 dan menjadikan keseluruhan RM99.70 setiap bulan.

Dengan harga tersebut, anda share secara purata untuk ketiga-tiga pengguna. Jadi masing-masing hanya perlu bayar RM33.23 sahaja seorang. Setiap orang dapat profile, boleh tengok di smart tv dengan kualiti 4K + HDR.
Perbandingan Harga Dengan Plan Lain
Dengan harga RM33.23 tersebut, ianya sama dengan plan Basic. Tetapi untuk Basic, anda hanya dapat kualiti 720p sahaja dan tak dapat spatial audio. Berbanding dengan plan Basic jauh lagi mahal iaitu RM55.90.
Jadi untuk anda yang mahukan maksimum kualiti untuk akaun Netflix, tetapi masih dengan harga yang murah dan berpatutan, anda langgan plan Premium dan cari lagi 2 orang tambahan. Kemudian bayar dengan harga 3 orang.
Jadi itulah cara dapatkan harga murah untuk akaun Netflix.