Menepati Ramalan. Iskandar Ismail Dinobatkan Sebagai Juara Gegar Vaganza 12

Kalau tengok perkongsian di media sosial seperti Threads dan Facebook, rata-rata yang jangkakan Iskandar Ismail akan menjadi juara untuk Gegar Vaganza 12 kali ini. Ternyata prediction itu benar selepas diumumkan secara rasmi pada pentas akhir sebelum ini.

Nampaknya program hiburan no. 1 negara, Gegar Vaganza untuk musim ke-12 telah melabuhkan tirai apabila selesai konsert akhir pada malam 18 Januari 2026 yang lalu. Selain juara, turut diumumkan pemenang naib juara dan sehinggalah tempat keenam.

Kalau siapa layan GV12 pada malam tersebut, boleh tengok bagaimana setiap peserta memberi 100% yang terbaik bagi setiap persembahan. Ada tiga persembahan yang perlu diselesaikan dan kesemua memang all-out daripada 6 finalist tersebut.

Untuk persembahan pertama adalah nyanyian solo. Kemudian persembahan kedua merupakan nyanyian bersama artis jemputan. Semua yang jadi guest artis tu hebat. Ada Ainal Abdul, Dato’ Sri Rossa, Marsha dan ramai lagi. Kemudian pusingan ketiga adalah persembahan battle yang mana 3-on-3.

Disebabkan itulah, kalau minggu-minggu sebelum ini, Gegar Vaganza 12 hanya akan bersiaran dari pukul 9 hingga 11.30 malam. Tapi malam final, penonton disajikan dengan persembahan 3 jam sehingga 12 malam sebelum diumumkan Iskandar Ismail sebagai juara.

Dengan pengumuman hampir lewat malam itulah, beliau sebagai bintang ke-3 dari Singapura yang bergelar juara Gegar Vaganza selepas Hady Mirza dan Aliff Aziz sebelum ini. Dengan takhta kejuaraan tersebut, Iskandar Ismail membawa pulang trofi bersama wang tunai RM100,000.

Selain Ismail Iskandar, Ini Secara Pemenang Gegar Vaganza 12 Tahun 2025-2026

Memang bersejarah la GV kali ini. Jika anda perasan top 4 kali ini diwakili oleh 4 negara yang berbeza. Sudahlah kali pertama ada 4 negara yang berjaya sampai ke peringkat final Gegar Vaganza. Kemudian senarai pemenang ada sejarah juga tercipta.

BACA JUGA : Sejarah GV Tercipta Apabila 4 Negara Berbeza Tampil Di Pentas Final

Ruri Repvlik diumumkan paling awal sebagai pemenang tempat keenam dan sekali gus membawa trofi dan hadiah wang tunai RM10,000. Kemudian diikuti oleh Mell Sakura di tempat kelima dan memperoleh hadiah wang tunai RM15,000 juga bersama trofi.

Di tempat keempat dimenang oleh wakil Filipina iaitu Mark Adam. Selain bawa pulang trofi kejohanan, beliau dapat hadiah wang tunai berjumlah RM20,000. Nubhan, penyanyi dari Malaysia dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga. Dapat trofi dan hadiah wang tunai RM30,000.

Satu-satunya bintang berkumpulan atau trio iaitu Mendua diumumkan sebagai naib juara. Dengan pengumuman tersebut, mereka membawa pulang ke Indonesia dengan trofi dan hadiah wang tunai RM50,000. Juara semestinya Iskandar Ismail dari Singapura yang membawa hadiah utama sebanyak RM100,000 juga bersama trofi.

Nombor satu Singapura, nombor dua Indonesia dan diikuti Malaysia dan Filipina bagi pemenang tempat ketiga dan keempat. Kalau nak teruskan, tempat kelima dari Malaysia dan tempat keenam, sekali lagi dari Indonesia. Sejarah yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana musim GV sebelum ini.

Tahniah Kepada Semua Pemenang Gegar Vaganza 12

Selepas 2 bulan lebih program Gegar Vaganza 12 berlangsung, kini sudah sampai ke penghujung. Untuk malam minggu anda lepas ni, takda dah la layan lagu-lagu nostalgia atau dengar celoteh daripada Nabil dan Sherry Al-Hadad bersama barisan juri yang sporting.

Setakat ini, tiada lagi pengumuman rasmi yang dikeluarkan oleh Astro, program apakah yang akan diganti untuk slot Ahad malam ini. Kalau tengok tv schedule, hanya akan ada tayangan telefilem sahaja untuk pengguna Astro di siaran Astro Ria. Program lain tiada lagi.

Kita tunggu sahajalah pengumuman daripada Astro nanti.

Apa-apapun tahniah sekali lagi kepada semua pemenang terutamanya juara Gegar Vaganza 12 iaitu Iskandar Ismail. Harap juara kali ini, tidaklah sunyi selepas keluar daripada pentas GV. Mungkin boleh terus keluarkan lagu single, supaya orang masih ingat anda adalah juara Gegar Vaganza.

Janganlah nanti terus senyap. Dah tak keluar kat tv. Tak dengar di radio. Kalau nak tengok persembahan pun, mungkin hanya yang dikongsi atau share di akaun media sosial sendiri je. Boleh jumpa di Tiktok atau Instagram je. Tak best lah.

Semoga terus sukses!

Leave a Reply