Buat pertama kali Astro gabungkan 2 program realiti tv dan pertandingan nyanyian terhebat Malaysia iaitu Gegar Vaganza dan Akademi Fantasia mejadi Gegar Vaganza Fantasia 2026 atau juga digelar GV Fantasia.
Jika sebelum ini, GV sinonim dengan bintang yang pernah menyinar dengan single mereka dan kali ini untuk musim ke-13 bakal menghimpunkan kesemua juara Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke-13 sebagai peserta.
BACA JUGA : Iskandar Ismail Dinobatkan Sebagai Juara Gegar Vaganza 12
Bukan itu sahaja, Gegar Vaganza Fantasia juga mengembalikan undian peminat dimana kali ini 10% daripada markah keseluruhan adalah daripada undian online. Selebihnya 90% datang daripada markah juri.
Seperti biasa, 3 juri tetap masih dikekalkan iaitu Dato’ Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat. Manakala untuk musim terbaru ini, menampilkan sekali lagi trio hos kegemaran ramai, Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Berlangsung selama 11 minggu, Gegar Vaganza Fantasia 2026 akan berlangsung bermula 8 November 2026, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam menerusi Astro Ria (104) atau boleh juga strim secara online di Astro Go dan Sooka.
Bintang juara AF manakah yang bakal dinobatkan sebagai juara GV Fantasia untuk musim terbaru 2026 ini dan sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000?
Senarai Peserta Gegar Vaganza Fantasia 2026
Berikut merupakan 9 peserta Gegar Vaganza Fantasia yang akan berentap di pentas berprestij ini.
1) Vince

- Nama : Vincent Chong Ying-Cern
- Umur : 47 Tahun
- Asal : Kuala Lumpur
- Peserta : Juara AF1
- Lagu Hit : Mengapa Harus Cinta, Mimpi Yang Pasti
2) Zahid

- Nama : Ahmad Zahid Bin Baharuddin
- Umur : 46 Tahun
- Asal : Teluk Intan, Perak
- Peserta : Juara AF2
- Lagu Hit : Milikku,Wo!, Biasa
3) Mawi

- Nama : Asmawi bin Ani
- Umur : 45 Tahun
- Asal : Kulai, Johor
- Peserta : Juara AF3
- Lagu Hit : aduh Saliha, Lagu Jiwa Lagu Cinta, Kian, Sujud, Kalah Dalam Menang
4) Faizal

- Nama : Mohd Faizal Bin Ramly
- Umur : 42 Tahun
- Asal : Marang, Terengganu
- Peserta : Juara AF4
- Lagu Hit : Lihatlah, Datanglah, Sakit Orang Lelaki
5) Mila

- Nama : Norsyarmilla binti Jirin
- Umur : 38 Tahun
- Asal : Pulau Pinang
- Peserta : Juara AF5
- Lagu Hit : Mila Bila Cinta, Sandera, Jika Kau Ubah Fikiran, Bertemu Cinta
6) Stacy

- Nama : Stracie Angie Anam
- Umur : 36 Tahun
- Asal : Penampang, Sabah
- Peserta : Juara AF6
- Lagu Hit : Aku Stacy, Pakai Buang, Jahat, Pelangi Senja, Bosan, Not For Sale
7) Shahir

- Nama : Ahmad Shahir Zawawi
- Umur : 38 Tahun
- Asal : Perak
- Peserta : Juara AF8
- Lagu Hit : Kebahagian Dalam Perpisahan, Tiba, Qasidah Untuk Qamilah, Aku Yang Berdosa
8) Faizul

- Nama : Mohd Faizul bin Sany
- Umur : 41 Tahun
- Asal : Tawau, Sabah
- Peserta : Juara AF2013 (Musim ke-10)
- Lagu Hit : Sepasang Sayap, Perempuan, Sampai Ke Bulan, 333 Batu
9) Firman

- Nama : Mohd Firman Bin Bansir
- Umur : 37 Tahun
- Asal : Tawau, Sabah
- Peserta : Juara AF2014 (Musim ke-11)
- Lagu Hit : Di Pintumu, Paling, Siapalah Kita, Bohong, Yakin Aku
Bakal berlangsung selama 11 minggu, tetapi hanya melibatkan 9 peserta sahaja? Jika daripada senarai itu, tiada wakil untuk juara AF7 (Hafiz Suip), AF9 (Hazama), AF2015 (Sufi Rashid) dan AF2016 (Amir Masdi).
Atau akan ada kejutan disaat akhir nanti? Mungkin ada Undi Masuk nanti? Nantikan…
1 thought on “Senarai Peserta Gegar Vaganza Fantasia 2026”