Filem Magik Rompak menjadi antara perbualan ramai ketika mula-mula ditayangkan di pawagam pada September 2025. Selepas lebih 4 bulan, filem ini kemudian ditayangkan semula dan kali ini menerusi platform penstriman Netflix bermula Januari 2026.
Pada awal tayangan, jika lihat daripada review awal filem ini, ramai yang mengatakan ianya sebuah filem dengan genre terbaru iaitu menggabungkan elemen rompakan dan magik. Ya la, kalau ikutkan mana pernah ada lagi filem seperti itu di Malaysia kan.
Tapi ramai juga yang menyangkal filem ini apabila disamakan dengan filem hollywood, Now You See Me. Sangat popular yang mana kisah sekumpulan ahli silap mata melakukan rompakan berskala besar sambil membuat magik.
Tapi betul ke?
Sebab aku tak sempat nak tengok filem ini di pawagam sebelum ini, jadi aku tengok lah di Netflix. Boleh tengok lebih tenang di rumah. Tak perlu keluar jauh ke pawagam. Boleh tengok di skrin handphone atau skrin lebih besar di tv sahaja.
Jadi aku nak kongsikan lah sikit pendapat dan review filem Magik Rompak ini. Selain daripada elemen yang sama pada filem NYSM, katanya filem ini ‘cringe’ terutamanya pada skrip. Betul ke? Boleh baca ulasan filem seperti dibawah.
Filem Magik Rompak
Tajuk : Magik Rompak
Genre : Aksi, Heist, Thriller, Magik
Tarikh Tayangan : 11 September 2025 (Pawagam) | 11 Januari 2026 (Netflix)
Kutipan : RM5 Juta
Penulis Skrip : Zuli Ismail
Pengarah : Adrian Teh
Pelakon : Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Amelia Henderson, Nadhir Nasar
Sinopsis Filem Magik Rompak
Filem Magik Rompak mengisahkan tentang seorang ahli silap mata, Hadi bergabung dengan sekumpulan pencuri (Night Spark) yang terdiri daripada Fariq, Wawa dan Ujuang untuk membalas dendam terhadap Tan Sri Hamdan.
Tujuan mereka adalah satu iaitu untuk mencuri kalung ‘Hati Kesuma’ yang dikatakan berharga USD25 Juta. Ianya bakal dipamerkan kepada orang ramai dalam satu majlis persaraan mewah Tan Sri.
Disinilah berlaku konflik terutamanya berkaitan khianat dan sifat tamak bagi setiap individu yang ingin dapatkan ‘Hati Kesuma’.
Review Filem Magik Rompak
Antara tarikan utama kalau nak tengok filem Magik Rompak ini pastinya barisan pelakon yang disenaraikan. Kalau tengok ada 4 nama besar yang tidak asing dalam dunia lakonan di Malaysia. Jadi ianya menjadi antara faktor utama orang ramai nak pergi tengok di pawagam.
Untuk dari segi acting atau lakonan, kesemua yang tersenarai sebenarnya tiada masalah. Dengan skrip yang disediakan, tiada masalah pun bagi setiap pelakon untuk lontarkan kata-kata seperti yang diminta.
Akan tetapi, betullah orang ramai cakap, ada sebahagian skrip agak ‘cringe’ dan rasanya untuk filem Malaysia macam tak perlu pun sebenarnya. Boleh bagi skrip yang lebih santai sahaja. Sudahnya dia nampak macam baca skrip sangat.
Untuk watak Ujang terutamanya, mungkinlah dia watak side-kick yang jenis gelabah, suka buat lawak, tapi macam tak sampai sangat. Dia jadi cringe. Kalau nak buat pun, mungkin boleh tukar Nadhir Nasar. Dia macam tak sesuai plak.
Jalan cerita secara keseluruhan ok, tetapi tidaklah terlalu gempak. Ada plot twist, tapi rasanya penonton boleh jangka kot. Tapi plot twist ni pun taklah terlalu mengganggu flow cerita. Dia macam buat kita terkejut sikit je (kalau yang tak jangka la)
Untuk aksi magik ianya ada, tapi macam tak gempak pun. Dia macam ooh ok. Tapi mungkin sebab dah mind set katanya filem Magik Rompak ini sama seperti Now You See Me. Jadi nak juga tengok level boleh sampai mana kan.
Secara teknikalnya memang sama antara kedua-dua filem ini – anda buat persembahan magik sambil merompak.
Tapi takda masalah pun, yang penting buatlah plot dan cerita yang berbeza. Magik Rompak ada sedikit kelainan iaitu tambah elemen cinta. For me ada kelainan la juga. Cuma aksi magik tu je la tak gempak sangat.
Overall ok je cerita ni, takda la buruk. Cumanya mungkin lakonan atau skrip boleh ditambah baik. Kadang walaupun muka dia je berlakon, boleh juga guna pelakon lain yang lebih tepat dengan watak yang ingin dibawa. Ramai lagi pelakon hebat kat Malaysia ni, jangan orang sama je.
Untuk skrip filem Magik Rompak mungkin boleh ditambah baik selepas ini. Overall ok je, tapi mungkin ada certain tempat yang obvius sangat, penonton akan ingat. Jadi bahagian situlah orang akan highlight kan.
Siapa ada Netflix boleh la layan filem Magik Rompak ni. Overall boleh bagi 6/10.