Bila Raya Aidilfitri? Senarai Tarikh Penting Kalendar Islam 2027

Tarikh Penting Kalendar Islam 2027 – Umat Islam di Malaysia pastinya nak tahu bila akan jatuh Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2027 kan? Anda boleh dapatkan tarikh tersebut menerusi Kalendar Islam yang telah dikeluarkan oleh pihak JAKIM.

Selain itu, daripada Kalenda Islam ini juga, banyak lagi tarikh-tarikh penting yang anda boleh dapatkan seperti Awal Ramadan, Hari Israk Mikraj, Maulidur Rasul, Awal Muharram, Hari Raya Aidiladha dan banyak lagi.

Tarikh-tarikh ini kebanyakkannya merupakan tarikh kelepasan AM Persekutuan atau Negeri yang juga merupakan cuti umum. Jadi selain daripada bercuti, umat Islam juga akan menyambut hari-hari yang penting tersebut.

Pihak JAKIM telah mengeluarkan Kalendar Hijri bagi tahun 2027 bersamaan 1448 – 1449 Hijrah untuk Malaysia. Anda boleh KLIK SINI. Kalendar ini memaparkan tarikh bermula dari bulan Muharram hingga Zulhijjah.

Senarai Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2027 Bagi Malaysia

Berikut merupakan senarai penuh tarikh-tarikh penting dalam Islam sepanjang tahun 2027 (1448-1449H) bagi Malaysia. Jadi nak tahu bila tarikh Hari Raya, Awal Zulhijjah, Nuzul Al-Quran dan sebagainya, boleh tengok jadual seperti dibawah.

Tarikh HijriTarikh MiladiHari Penting
27 Rejab 14486 Januari 2027Israk dan Mikraj
1 Ramadan 14488 Februari 2027Awal Ramadan
17 Ramadan 144824 Februari 2027Nuzul al-Quran
1 Syawal 144810 Mac 2027Hari Raya Aidilfitri
1 Zulhijjah 14488 Mei 2027Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 144817 Mei 2027Hari Raya Aidiladha
1 Muharram 14496 Jun 2027Awal Muharram
12 Rabiuawal 144915 Ogos 2027Maulidur Rasul
27 Rejab 144926 Disember 2027Israk dan Mikraj

Ini merupakan tarikh-tarikh penting bagi umat Islam terutamanya di Malaysia. Sudah disediakan tarikh bila berlaku atau berlangsungnya hari perayaan atau hari kebesaran Islam tersebut.

Namun begitu, bagi awal Ramadan, 1 Syawal dan 10 Zulhijjah hanya akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Mungkin ada tarikh perubahan atau mungkin tiada.

tarikh penting kalendar islam 2027

Sumber : https://www.e-solat.gov.my/

Leave a Reply