Tarikh Penting Kalendar Islam 2027 – Umat Islam di Malaysia pastinya nak tahu bila akan jatuh Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2027 kan? Anda boleh dapatkan tarikh tersebut menerusi Kalendar Islam yang telah dikeluarkan oleh pihak JAKIM.
Selain itu, daripada Kalenda Islam ini juga, banyak lagi tarikh-tarikh penting yang anda boleh dapatkan seperti Awal Ramadan, Hari Israk Mikraj, Maulidur Rasul, Awal Muharram, Hari Raya Aidiladha dan banyak lagi.
Tarikh-tarikh ini kebanyakkannya merupakan tarikh kelepasan AM Persekutuan atau Negeri yang juga merupakan cuti umum. Jadi selain daripada bercuti, umat Islam juga akan menyambut hari-hari yang penting tersebut.
Pihak JAKIM telah mengeluarkan Kalendar Hijri bagi tahun 2027 bersamaan 1448 – 1449 Hijrah untuk Malaysia. Anda boleh KLIK SINI. Kalendar ini memaparkan tarikh bermula dari bulan Muharram hingga Zulhijjah.
Senarai Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2027 Bagi Malaysia
Berikut merupakan senarai penuh tarikh-tarikh penting dalam Islam sepanjang tahun 2027 (1448-1449H) bagi Malaysia. Jadi nak tahu bila tarikh Hari Raya, Awal Zulhijjah, Nuzul Al-Quran dan sebagainya, boleh tengok jadual seperti dibawah.
| Tarikh Hijri | Tarikh Miladi | Hari Penting |
|---|---|---|
| 27 Rejab 1448 | 6 Januari 2027 | Israk dan Mikraj |
| 1 Ramadan 1448 | 8 Februari 2027 | Awal Ramadan |
| 17 Ramadan 1448 | 24 Februari 2027 | Nuzul al-Quran |
| 1 Syawal 1448 | 10 Mac 2027 | Hari Raya Aidilfitri |
| 1 Zulhijjah 1448 | 8 Mei 2027 | Awal Zulhijjah |
| 10 Zulhijjah 1448 | 17 Mei 2027 | Hari Raya Aidiladha |
| 1 Muharram 1449 | 6 Jun 2027 | Awal Muharram |
| 12 Rabiuawal 1449 | 15 Ogos 2027 | Maulidur Rasul |
| 27 Rejab 1449 | 26 Disember 2027 | Israk dan Mikraj |
Ini merupakan tarikh-tarikh penting bagi umat Islam terutamanya di Malaysia. Sudah disediakan tarikh bila berlaku atau berlangsungnya hari perayaan atau hari kebesaran Islam tersebut.
Namun begitu, bagi awal Ramadan, 1 Syawal dan 10 Zulhijjah hanya akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Mungkin ada tarikh perubahan atau mungkin tiada.

Sumber : https://www.e-solat.gov.my/