Senarai Jadual Cuti Umum Malaysia 2027

Cuti Umum Malaysia Tahun 2027 – Dah masuk tahun baru, pasti ramai nak tahu kali ini bila pula cuti umum akan berlangsung. Daripada cuti ini lah, banyak aktiviti yang boleh dirancang lebih awal. Nak bercuti, balik kampung dan sebagainya.

Di Malaysia terdapat 2 jenis cuti iaitu cuti umum atau dipanggil juga hari pelepasan AM Persektuan yang mana ianya melibatkan semua negeri di dalam negara. Jadi waktu ini, semua negeri akan bercuti serentak. Sebagai contoh ketika CNY, Hari Raya Aidiliftri, Hari Kebangsaan dan sebagainya.

Jenis yang kedua ialah cuti khas atau dipanggil juga hari pelepasan AM Negeri. Pada waktu ini, hanya negeri tersebut sahaja yang akan bercuti dan tidak melibatkan lain-lain negeri. Sebagai contoh, Hari Hol hanya untuk Pahang, Hari Gawai hanya untuk negeri Sarawak dan sebagainya.

BACA JUGA : Hari Cuti Khas Negeri Pahang Tahun 2027

Jadi untuk tahun ini, bilakah tarikh dan hari cuti umum yang melibatkan semua negeri ini. Jika anda nak tahu secara penuh, anda boleh dapatkan dini senarai cuti umum Malaysia untuk tahun 2027.

Jadual Dan Senarai Cuti Umum Malaysia 2027

TarikhHariCuti Umum
6 FebSabtuTahun Baru Cina (CNY)
7 FebAhadTahun Baru Cina (CNY) – Hari Kedua*
10 MacRabuHari Raya Aidilfitri
11 MacKhamisHari Raya Aidilfitri – Hari Kedua
1 MeiSabtuHari Pekerja
17 MeiIsninHari Raya Aidiladha
18 MeiSelasaHari Raya Aidiladha – Hari Kedua*
20 MeiKhamisHari Wesak
6 JunAhadAwal Muharram
7 JunIsninHari Keputeraan Rasmi YDPA
15 OgosAhadHari Kebangsaan/Merdeka
31 OgosSelasaMaulidur Rasul
16 SeptKhamisHari Malaysia
28 OktKhamisHari Deepavali
25 DisSabtuHari Krismas

Secara keseluruhan, cuti umum di Malaysia adalah sebanyak 14 hari bagi setiap negeri. Namun begitu ada sedikit perbezaan cuti umum bagi negeri Kelantan dan Terenganu. Mereka akan bercuti untuk hari kedua, Hari Raya Aidiladha dan tidak untuk hari kedua, Tahun Baru Cina seperti negeri-negeri lain.

Diharapkan jadual hari cuti umum Malaysia sepanjang tahun 2027 ini berguna kepada anda terutamanya bagi mereka yang ingin membuat persediaan awal. Lepas ni boleh rancang untuk bercuti dengan baik.

Sumber : https://www.kabinet.gov.my/

Leave a Reply