Sekarang orang dah tak layan aplikasi X aka Twitter dah untuk posting ayat-ayat pendek, semua dah pergi ke Threads. Makin baru pula, orang dah tak layan video TikTok, bila ramai yang lebih suka upload video di Threads.
Katanya enggagement di Threads lebih padu dan tertumpu kepada pengguna lokal di Malaysia sahaja. Bukan itu sahaja, meskipun tak ramai followers, tapi boleh reach sehingga puluhan ribu atau sehingga ratusan ribu views untuk 1 posting sahaja.
Cuma persoalan timbul dan mungkin sama juga untuk aplikasi media sosial yang lain. Macam mana nak download video Threads? Ciri muat-turun tidak disediakan secara default di Threads, jadi kena download secara third-party. Tapi bagaimana?
Ok untuk anda yang nak download video di Threads, anda boleh ikuti langkah-langkah dan panduan seperti dibawah. Ada 2 cara, sama ada menggunakan aplikasi atau boleh download daripada google sahaja.
Cara Download Video Threads Dengan Mudah
Ini merupakan panduan penuh dan cara-cara untuk download video Threads. Sebelum tu, jangan lupa untuk follow akaun Aiman Abdullah di Threads.
1) Menggunakan Website
Anda boleh menggunakan mana-mana website yang terpapar di Google Search. Cara ini lebih mudah kerana tidak perlu kepada aplikasi tambahan. Jadi tak perlu download banyak-banyak apps semata-mata untuk download video.
Antara yang anda boleh guna ialah :
- https://threadsdownloader.com/
- https://threadster.app/
- https://www.throk.ai/en/tools/threads-downloader
- https://threadsvid.com/
Cara paling mudah, anda guna pilihan yang pertama iaitu threadsdownloader. Anda copy link video di Threads, kemudian paste pada bahagian ‘Threads Link’ dan klik Load Videos seperti dalam gambar dibawah.

Seterusnya download seperti biasa kedalam Gallery phone anda. Kini video siap untuk ditonton semula atau reshare ke media sosial.
2) Menggunakan Aplikasi
Untuk cara kedua ini sebenarnya paling mudah sekiranya anda memang menggunakannya dan sudah ada aplikasi tersebut. Anda boleh menggunakan aplikasi Telegram.
Cara nak guna pun sangat simple, buka aplikasi Telegram dan search bot Threads Downloader atau search @threads_dl_bot. Seterusnya anda copy video Threads yang anda ingin download dan kemudian paste sahaja pada ruang chat dalam bot tersebut.
Seterusnya klik pada video (bukan link) dan Save Video seperti biasa. Video tersebut akan disimpan di gallery phone anda seperti biasa. Jadi kini anda bebas untuk tonton dan menggunakan video tersebut pada bila-bila masa sahaja.

Simple je kan. Jadi lepas ni kalau anda jumpa mana-mana video menarik di Threads dan nak download, anda boleh gunakan salah satu cara seperti diatas sama ada di Google atau apps Telegram. Boleh buat secara online sahaja