Senarai Cuti Umum Negeri Pahang Tahun 2027

Orang Pahang pada tahun 2027 nanti sudah ada plan untuk bercuti atau balik kampung? Tapi sebelum tu anda kena tahu dulu bila waktu cuti umum negeri tersebut. Jadi mudah untuk anda buat perancangan awal untuk bercuti.

Seluruh negeri di Malaysia akan ada senarai cuti umum yang ditetapkan iaitu menerusi Hari Pelepasan AM Persekutuan. Selain itu, negeri-negeri ini juga ada cuti khusus untuk negeri tersebut sahaja yang dipanggil Hari Kelepasan AM Negeri.

Hari Kelepasan AM Negeri ini berbeza bagi setiap negeri. Tetapi kebiasaanya setiap negeri akan ada 3-4 hari cuti tambahan selain daripada Hari Kelepasan Persekutuan. Sebagai contoh di Pahang ada Hari Hol, Hari Keputeraan Sultan Pahang, Hari Nuzal Al-Quran dan Hari Tahun Baru.

Dalam hari-hari ini, boleh la anda pergi ke Cameron Highland ke Genting Highland atau ke pulau seperti Pulau Tioman dan sebagainya. Mungkin juga masa Hari Raya Puasa nanti, boleh juga cuti lebih panjang.

Senarai Cuti Umum Negeri Pahang Tahun 2027

Berikut merupakan senarai cuti umum bagi Negeri Pahang sepanjang tahun 2027 mengikut tarikh dan hari yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri:

TarikhHariCuti Umum
1 JanJumaatTahun Baharu 2027
6 FebSabtuTahun Baru Cina
7 FebAhadTahun Baru Cina (Hari Kedua)
24 FebRabuHari Nuzul Al-Quran
10 MacRabuHari Raya Aidilfitri
11 MacKhamisHari Raya Aidilfitri (Hari Kedua)
1 MeiSabtuHari Pekerja
17 MeiIsninHari Raya Aidiladha
20 MeiKhamisHari Wesak
22 MeiSabtuHari Hol
6 JunAhadAwal Muharram (Maal Hijrah)
7 JunIsninHari Keputeraan Rasmi YDPA
30 JulaiJumaatHari Keputeraan Sultan Pahang
15 OgosAhadHari Maulidur Rasul
31 OgosSelasaHari Merdeka (Hari Kebangsaa)
16 SepKhamisHari Malaysia
28 OktKhamisHari Deepavali
25 DisSabtuHari Krismas

Daripada 18 hari cuti umum yang disenaraikan, 4 hari daripadanya adalah cuti khusus untuk Negeri Pahang untuk tahun 2027. Ditandakan hitam atau bold seperti di dalam jadual Hari Kelepasan AM diatas.

Semoga senarai hari cuti umum negeri Pahang ini bermanfaat khusus untuk rakyat yang berada di negeri Pahang darul Makmur

Sumber : https://www.kabinet.gov.my/hari-kelepasan-am/

Leave a Reply