Bagi yang tertanya-tanya, perlawanan persahabatan Tier 1 antara Malaysia vs China pada hujung minggu ini ada tayangan siaran langsung di tv ke tidak? Kalau ada di saluran mana, Astro atau RTM? Atau sebenarnya tiada tayangan?
Kini sudah bermula kalendar FIFA bagi perlawanan melibatkan pasukan bola sepak kebangsaan iaitu yang terakhir untuk tahun 2026. Jadi waktu ini, liga bola sepak akan berehat dan memberi ruang kepada pemain untuk beraksi bersama pasukan negara.
Jika di Eropah, mereka akan mainkan perlawanan Nation League dan selain itu rata-rata setiap negara akan turun beraksi dalam perlawanan persahabatan termasuk pasukan bola sepak negara Malaysia iaitu Harimau Malaya.
Untuk kali ini, Malaysia akan mengadakan 2 perlawanan persahabatan tier 1, pertama bertemu China dan seterusnya akan berhadapan dengan Yaman. Kedua-dua perlawanan ini akan berlangsung di venue yang sama iaitu di Stadium Zhaoqing New District Sports Center, Guangdong China.
BACA JUGA : Siaran Langsung Malaysia vs Yemen Pada 17 November Ini
Perlawanan Malaysia vs China
Dalam tempoh 2 minggu ini, skuad Harimau Malaya akan berkampung di Guangdong China dimana untuk menghadapi dua perlawanan. Kedua-dua perlawanan ini sangat penting untuk pasukan negara bagi memperbaiki ranking FIFA.
China bukan lah pasukan yang mudah. Dalam dua perlawanan terakhir, Malaysia tidak pernah menang ketika bertemu The Dragon. Tumpas perlawanan pada tahun 2013 dengan keputusan 2-0 dan mencatat keputusan seri 1-1 pada tahun 2023.
Namun begitu, anak-anak buah Tan Cheng Hoe pastinya mempunyai mentaliti juara. Jika dilihat daripada prestasi semasa Malaysia lebih baik. Dalam 5 perlawanan terakhir, Malaysia menang 3, seri 1 kali dan tewas 1 kali. Berbanding China yang hanya menang sekali dan telah tewas 3 kali. Hanya berjaya mencatatkan keputusan seri sekali.
Bukan itu sahaja, dalam 3 perlawanan terakhir, China tidak berjaya menjaringkan sebarang gol. Dalam tempoh itu juga, mereka telah dibolosi 9 gol. Ini pastinya memberikan semangat dan kelebihan kepada pemain-pemain negara.
Tetapi jika mengikut kedudukan atau rangking FIFA, China pastinya mempunyai kelebihan besar. Mereka kini berada di rangking ke-96 dunia berbanding Malaysia di kedudukan ke-133 dunia. Jurang yang besar ini, pastinya akan digunakan sebaiknya untuk pasukan tuan rumah.

Siaran Langsung Malaysia vs China Dan Tontonan Live Streaming
Pasti ramai yang teruja ingin menyaksikan bagaimana aksi skuad Harimau Malaya kali ini. Katanya pemain-pemain utama daripada JDT dan Selangor tidak turut serta. Adakah Tan Cheng Hoe mampu untuk membuahkan stategi yang baik bersama pasukan sedia ada kali ini.
Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan persahabatan tier 1 antara Malaysia vs China yang akan bersiaran pada 14 November 2026, hari Sabtu, pukul 8.00 malam menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan Astro Go serta Sooka.
Bagi bukan pelanggan Astro, anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran RTM di Sukan+ (Astro 806 & MYTV 111). Selain menonton di kaca tv, anda juga boleh strim secara online di aplikasik RTM Klik.
1 thought on “Cara Nak Tengok Malaysia vs China Di TV (RTM & Astro) Dan Live Streaming”