Adakah anda excited nak tahu senarai lagu apa yang bakal dibawakan dan dinyanyikan oleh peserta Gegar Vaganza Fantasia untuk minggu 2 kali ini? Jom kita tengok senarai penuh disini.
GV Fantasia kini sudah memasuki minggu ke-2 dan mungkin sama seperti musim-musim lalu dimana tidak berlaku penyingkiran pada minggu pertama. Jadi kesemua 9 peserta masih terselamat dan akan terus membuat persembahan.
Tapi Gegar Vaganza musim ke-13 kali ini lain sikit. Ini kerana buat pertama kali akan berlaku peserta masuk iaitu seramai 4 orang. GV telah memberi peluang kepada 25 calon peserta untuk memenuhi kuota tersebut menerusi GVUNDI MASUK.
Jadi mungkin untuk minggu ke-2 ini, selain daripada 9 peserta tersebut akan ada 4 lagi peserta baru yang masuk dan seterusnya akan membuat persembahan. Atau mungkin juga mereka hanya akan bermula pada minggu ke-3 nanti.
BACA JUGA : Senarai Lagu Minggu 3 Untuk Semua 13 Peserta GV Fantasia
Senarai Lagu Peserta Gegar Vaganza Fantasia Minggu 2
Sebelum itu, minggu 1 kita telah menyaksikan tiada penyingkiran yang berlaku. Kesemua 9 peserta terselamat. Dalam masa yang sama, Stacy telah dinobatkan sebagai pemenang Bintang Paling Power CelcomDigi.
Gen Fantasia telah dipilih sebagai tema untuk minggu kedua. Peserta Gegar Vaganza Fantasia akan menyanyikan lagu-lagu popular yang pernah dihasilkan oleh alumni-alumni Akademi Fantasia sebelum ini.
Berikut merupakan senarai lagu setiap peserta GG Fantasia untuk minggu 2. Untuk hos iaitu Nabil, Jihan dan Sherry akan bawakan lagu Menggegar Dunia nyanyian asal Adam & Stacy.
| Peserta | Lagu |
|---|---|
| Faizal | Bahagiaku Deritaku (Hafiz Suip) |
| Faizul | Mimpi (Aisyah Aziz) |
| Firman | Saksama (Akim & The Majistret) |
| Mawi | Aku Yang Berdosa (Shahir) |
| Mila | Pematah Hati (Nabila Razali) |
| Shahir | Hidup Dalam Mati (Syamel) |
| Stacy | Mewangi (Akim & The Majistret) |
| Vince | Hasrat (Amir Jahari) |
| Zahid | Jampi (Hael Husaini) |
Adakah akan ada peserta yang tersingkir menerusi segmen ada lagu ada lagi di penghujung konsert kali ini? Siapakah pula yang akan muncul sebagai juara mingguan nanti? Nantikan konser Gegar Vaganza Fantasia minggu 2.