Senarai Nama Fansclub Peserta Gegar Vaganza Fantasia 2026

Gegar Vaganza Fantasia kini terus menjadi fenomena. Disebabkan itulah, orang ramai sekarang nak join fansclub (FC) setiap peserta yang ambil bahagian. Jadi anda dah ada peserta kegemaran dan nak join fans club?

Fans Club atau Kelab Peminat merupakan salah satu tunjang kejayaan seseorang selebriti di Malaysia. Mereka yang akan sentiasa berada di belakang artis kesayangan mereka tidak kira dalam keadaan macam mana sekali pun. Tidak terkecuali untuk GV Fantasia.

Setiap peserta Gegar Vaganza Fantasia mempunyai fans club tersendiri sama sudah lama atau baru sahaja ditubuhkan. Mereka setiap minggu akan turun ke padang bagi memberikan sorakan dan dorongan kepada artis kesayangan masing-masing.

BACA JUGA : Senarai 13 Peserta Terkini Gegar Vaganza Fantasia 2026

Tidak cukup dengan 9 peserta, kini GV Fantasia sudah ada 13 peserta hasil GVUndi Masuk 4 peserta hot seat. Jadi makin bertambah la fans club. Disebabkan itu masing-masing yang neutral sebelum ini nak cari fans club artis kegemaran mereka.

Senarai Fansclub Peserta Gegar Vaganza Fantasia 2026

Jadi jom kita tengok senarai nama fansclub bagi peserta Gegar Vaganza Fantasia 2026. Jika berminat, anda boleh join dan ikut laman sosial media mereka.

1) Vince

invinceable - fan club vince

Juara AF1, Vince mempunyai kelab peminat bernama InVinceAble FC. Bagi yang berminat untuk sertai atau mengikuti fans club ini, anda boleh pergi ke laman instagram @invinceable_fc.

2) Zahid

za8verse - fan club zahid

Untuk Zahid mereka mempunyai komuniti rasmi atau kelab peminat bernama Za8verse. Jadi untuk Team Zahid, anda boleh sertai dan ikuti perkembangan artis anda menerusi laman instagram @za8verse.

3) Mawi

Sahabat Dunia Mawi - fan club mawi

Mawi yang pernah menjadi fenomena ketika Akademi Fantasia dan ‘World’ akan bersambung dalam Gegar Vaganza Fantasia. Tanpa peminat dan sudah fansclub Sahabat Dunia Mawi, pastinya Mawi tidak berada ditempatnya seperti sekarang.

Jadi mana yang join atau ketahui perkembangan Tsumawi, boleh pergi ke laman page facebook disini atau instagram @sahabataduniamawi.official. Kalau nak berinteraski dengan sesama komuniti dan ahli, boleh pergi ke Telegram INI.

4) Faizal

~ akan dikemaskini

5) Mila

Milanians - fan club mila

Mila juga tidak ketinggalan dimana beliau juga mempunyai kelab peminat tersendiri yang digelar Milanians. Kini sedang bergiat aktif terutamanya ketiga GV Fantasia ini. Anda boleh pergi ke laman Instagram @milanians.official atau boleh join group Whatsapp DISINI.

6) Stacy

team sgs - fan club stacy

Team SGS (Sangat Gila Stacy) merupakan fans club atau kelab penyokong rasmi bagi Stacy. Kelab ini sudah ditubuhkan sejak beliau berada di dalam industri hiburan tanah air lagi. Boleh pergi ke Instagram @teamsgs atau Channel Telegram di TEAMSGS_OFFICIAL.

7) Shahir

Sedaghe Shahir - fan club shahir

Fansclub peserta Gegar Vaganza Fantasia seterusnya adalah Sedaghe Shahir iaitu kepada peserta Shahir. Baru ditubuhkan dan anda boleh ikuti laman Instagram mereka di @sedagheshahir.

8) Faizul

FaizulTrooperz - fan club faizul

Kelab Penyokong Faizul atau digelar juga Faizul Trooperz come on assemble here. Boleh join instagram mereka dan ikuti perjalanan artis kesayangan terutamanya sepanjang beraksi di Gegar Vaganza Fantasia.

9) Firman

Pada awalnya Firman ada mention kelab peminatnya yang dipanggil Firmanations. Akan tetapi setakat ini tiada kemaskini terbaru adakah masih digunakan atau tidak.

10) Farah

farah fan club

Farah merupakan salah seorang peserta yang diundi masuk ke GV Fantasia kali ini. Jadi fans clubnya akan diaktifkan semula kali ini iaitu Farah Fans Club atau Farahmania. Jadi mana yang nak ikuti perkembangan Farah di GVF kali ini, boleh pergi ke laman instagram @ffc_farahmania.

11) Ara Johari

ara squad - fan club ara

Ara menjadi peserta paling muda dalam Gegar Vaganza Fantasia kali ini. Beliau juga merupakan wakil untuk Akademi Fantasia musim terakhir iaitu AF2015. Fan base masih baru iaitu digelar Ara Squad. Boleh pergi ke Instagram @arasquadrasmi atau ke group Telegram di https://t.me/arasquadofficial

12) Akim

Gafimmers - fan club akim

Bukan sahaja isterinya Stacy yang serta GV kali ini, suaminya, Akim turut serta. Now kedua-dua penyokong artis ini akan berpecah dan akan berlawan satu sama lain. Fans club Akim dipanggil Gafimmers.

Untuk ikuti perkembangan dan perjalanan kelab penyokong Akim, anda boleh pergi ke laman instagram @gafim_mers atau boleh juga berinteraksi lebih dekat sesama penyokong di group Telegram https://t.me/gafim_mers

13) Felix

~ akan dikemaskini

Jadi anda nak join fansclube peserta Gegar Vaganza Fantasia yang mana?

1 thought on “Senarai Nama Fansclub Peserta Gegar Vaganza Fantasia 2026”

Leave a Reply