Unifi TV bawakan sebuah drama berjudul Secret Book Club menerusi Unifitv Original. Mendapat feedback awal yang positif di media sosial menerusi tayangan trailer. Persoalannya, macam mana nak layan drama ini nanti? Boleh tengok secara percuma ke?
Secret Book Club merupakan sebuah drama misteri dengan berunsurkan thriller serta tema remaja sekolah. Ianya akan mula disiarkan pada 18 November 2026, setiap hari Rabu, pukul 10.00 malam di saluran SENSASI di Unifi TV.
Drama 8 episod ini merupakan arahan Reen Emran, nukilan skrip bersama daripada Eenaz Mokhtar, CTNa Marzuki, Zuli Ismail serta Suzana Ahmad. Produksi untuk drama ini adalah Playwright Pictures Sdn. Bhd.
Selain daripada kekuatan karya itu sendiri, drama ini juga menampilkan barisan yang tidak kurang hebat. Antara yang terlibat seperti Tiz Zaqyah, Zahiril Adzim, Norreen Iman, Farah Ahmad, Catriana Ross, Tony Eusoff dan Zarul Umbrella.
Manakala barisan pelakon remaja ada nama-nama seperti Alyssa Dezek, Arena Wan, Aida Amron, Hello Angah dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Secret Book Club
Drama Secret Book Club mengisahkan tentang sekumpulan pelajar dan guru di sebuah sekolah elit iaitu SMK Bestari Emas yang mana terikat dengan sebuah kelab buku rahsia.
Setiap ahli menyimpan rahsia tersendiri dan kisah silam yang berkait rapat antara satu sama lain. Konflik mula tercetus apabila rahsia-rahsia yang tersimpan mula terbongkar satu demi satu.
Cara Nak Menonton Drama Secret Book Club Di Unifi TV
Jadi untuk anda yang nak layan drama siri ini, anda tidak semestinya perlu menggunakan sambungan Unifi di rumah, tetapi anda wajib dan perlu ada akaun Unifi TV. Kini anda boleh strim menerusi aplikasi secara percuma sahaja.
1) Pergi ke https://unifitv.com.my/ dan kemudian daftar akaun dengan klik butang Sign Up

2) Seterusnya masukkan emel anda pada ruang yang disediakan dan klik Sign Up. Anda kena masukkan OTP yang diberikan menerusi emel yang telah didaftarkan

3) Kemaskini no. telefon anda terlebih dahulu

Selesai. Anda kini sudah mempunyai akaun Unifi TV dan boleh layan banyak saluran tv secara percuma. Boleh tonton di laman web, aplikasi mobile atau di smart tv terpilih.
Jadi mana yang nak layan drama Secret Book Club ini, anda boleh pergi ke bahagian Channel dan cari saluran SENSASI. Tiada bayaran diperlukan, boleh tengok secara percuma.
Selain itu, dengan akaun ‘free’ Unifi TV ini juga, anda boleh layan basic channel seperti Inspirasi, Degup, TV1, TV2, TV3, Sukan+ dan banyak lagi. Tapi kalau nak layan movie atau sukan, boleh langgan secara bulanan.
Sumber : aimanabdullah.com