Ada yang tanya kalau kena saman parking kereta di Temerloh macam mana nak bayar? Sebenarnya anda boleh bayar kompaun saman parkir kereta tersebut secara online sahaja. Tak perlu pergi ke kaunter untuk berurusan pun.
Jika anda merupakan penduduk di Temerloh pastinya urusan pembayaran tersebut tak susah. Bila ada masa lapang boleh terus pergi ke kaunter MPT dan bayar saman. Macam mana kalau anda tiada masa atau mungkin orang luar Temerloh yang kena saman parkir?
Sebenarnya untuk bayar kompaun parkir kereta di Temerloh anda 2 cara iaitu seperti biasa boleh pergi ke kaunter Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) di bangunan Plaza atau sebenarnya anda boleh lakukan secara online sahaja.
Dengan cara online ini, anda boleh bayar pada bila-bila masa dan dari mana sahaja. Sekiranya anda penduduk luar Temerloh, masa anda dah balik ke tempat asal pun anda masih boleh bayar kompaun atau saman parkir tersebut.

Kadar Kompaun Dan Saman Parking Di Temerloh
Kadar kompaun kesalahan parkir ini berbeza mengikut tempat. Jadi untuk kawasan Temerloh dibawah Majlis Perbandaran Temerloh, berikut merupakan kadar yang dikenakan beserta jadual pembayaran :
- 1 – 14 hari = RM10
- 15 – 30 hari = RM30
- Selepas 30 hari = RM50
- Notis tindakan mahkamah = RM100
- Saman mahkamah = RM300
Jadi jika dilihat daripada jadual atau senarai ini, semakin lambat anda bayar saman parkir kereta tersebut, semakin mahal kadar kompaun yang dikenakan.
Cara Bayar Kompaun Saman Parkir Kereta Di Temerloh Secara Online
Kalau nak bayar secara manual, boleh terus ke kaunter MPT yang terletak di Plaza Temerloh. Tapi bagi anda yang tertanya-tanya macam mana nak bayar online? Jadi caranya anda boleh menggunakan aplikasi Flexi Parking. Download di Play Store atau App Store secara percuma.
BACA JUGA : Cara Bayar Kompaun Parkir Kereta Di Kuantan Menggunakan Pahang Go
Mungkin ramai yang dah biasa dengan aplikasi ini kan. Sebab hampir semua daerah di setiap negeri menggunakan aplikasi ini untuk bayar parking. Jadi lebih mudah. Temerloh satu-satunya daerah di Pahang tak boleh bayar saman parking menggunakan Pahang Go. Jadi kena guna Flexi Parking
- Buka aplikasi dan pergi pada bahagian Compound
- Seterusnya pilih Majlis Perbandaran Temerloh dan masukkan no. plat kereta anda. Selain itu, anda boleh juga scan barcode
- Kemudian akan disenaraikan semua kompaun yang telah dikeluarkan atas no. plat kereta anda. Tick saman tersebut dan klik butang Pay.
- Buat pembayaran seperti biasa sehingga selesai

Untuk bayar kompaun saman parkir kereta ini, anda perlu terlebih dahulu topup akaun Flexi Parking anda. Dah cukup barulah bayar seperti biasa. Selesai.
Jadi untuk anda yang mungkin datang dari luar Temerloh nak merasa Ikan Patin masa Tempoyak dan tiba-tiba kena saman parking. Nanti jangan lupa untuk bayar kompaun saman tersebut. Boleh buat secara online sahaja.