Ini Cara Nak Tengok Suamiku Anak Mak Selain Di Astro

Drama Suamiku Anak Mak sekarang tengah viral. Dah ramai review dan kongsikan pengalaman menonton drama ini. Jadi makin ramai yang nak tengok juga. Selain di Astro, drama ni boleh tengok dimana lagi?

Suamiku Anak Mak merupakan sebuah drama tempatan terbitan Astro yang mana telah ditayangkan bermula 26 Oktober yang lalu dan episod akhir dijangka akan disiarkan pada 3 Disember 2026.

Drama 24 episod arahan Nur Ain Sharif ini bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot MegaDrama di Astro Ria 104 bagi menggantikan Sumpahan Mencintai sebelum ini.

Selain daripada jalan cerita yang menggangu emosi penonton, barisan pelakon juga tidak kurang hebatnya. Terdapat lakonan daripada Keith Foo, Emma Maembong, Dian P. Ramlee, Izzue Islam, Ady Mohammad, Zulkifli Ismail, Farah Nadiah dan ramai lagi.

pelakon drama suamiku anak mak di sooka

Sinopis Drama Suamiku Anak Mak

Drama Suamiku Anak Mak mengisahkan tentang Zaraa lakonan Emma Maembong yang berkahwin dengan Haris lakonan atas dasar cinta dan impian memiliki keluarga bahagia.

Namun selepas berkahwin, Zaraa baru menyedari bahawa suaminya itu merupakan seorang “anak mak”. Kehidupan rumah tangga mereka sering dicampuri oleh ibu Haris, Mak Leha (Dian P. Ramlee) yang sentiasa menjadi keutamaan suaminya.

Konflik mula meruncing apabila Haris gagal bertindak adil dalam membahagikan tanggungjawab serta kasih sayang antara ibu dan isterinya, malah timbul juga syarat untuk mereka tinggal sebumbung bersama mak mentua.

Apabila segala pengorbanan Zaraa tidak dihargai, dia terpaksa membuat pilihan besar sama ada mahu mempertahankan cintanya atau menjaga maruahnya sendiri.

Selain Astro, Nak Tengok Dimana Lagi?

Disebabkan viral, ramai mula tertanya-tanya, kalau tiada Astro tapi nak tengok ‘Suamiku Anak Mak’ ni kat mana lagi? Mungkin ada tayangan di Netflix ke atau mana-mana platform lain selain Astro?

Bagi yang ingin menonton drama ini tapi taknak langgan atau daftar akaun Astro, ada caranya jangan risau! Anda boleh strim menerusi platform Sooka. Anda perlu langgan dengan harga serendah RM9.90 sebulan.

drama suamiku anak mak di sooka

Anda boleh ikuti drama ini setiap minggu seperti tayangan di TV atau dalam masa yang sama anda boleh tengok semula atau strim semua episod dari awal hingga yang terbaru pada bila-bila masa sahaja.

BACA JUGA : Ini Cara Layan Gegar Vaganza Fantasia Selain Di Astro

Bukan itu sahaja, di Sooka juga, anda boleh layan Gegar Vaganza Fantasia, drama School Of Stars, Mualim Muda 2 dan pelbagai lagi kandungan Astro. Tak perlu terikat dengan kontrak yang lama, boleh langgan secara bulanan sahaja di Sooka.

Leave a Reply