Cara Tengok Gegar Vaganza Fantasia Tanpa Perlu Langgan Astro

GV kali ni nampak paling menarik lah. Manakan tidak, jika buka media sosial terutamanya Threads semua tengah bercakap tentang Gegar Vaganza Fantasia 2026. Cuma ada timbul persoalan daripada cakap-cakap tersebut. Macam mana nak tengok GV secara live tanpa perlu langgan Astro?

Program realiti paling popular di Malaysia, Gegar Vaganza bakal membuka tirai untuk musim ke-13 pada 8 November ini. Seperti biasa, tayangannya adalah setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hanya di Astro Ria 104.

program gegar vaganza fantasia 2026

Kali ini lebih istimewa apabila buat pertama kalinya Gegar Vaganza dan Akademi Fantasia digabungkan dalam satu pentas. Barisan peserta adalah terdiri daripada barisan juara setiap musim sepanjang Akademi Fantasia berlangsung sebelum ini.

Jadi GV Fantasia kali ini, kita dapat lihat Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Shahir, Faizul dan juga Firman sebagai peserta. Ini pastinya menggamit memori lama terutamanya mereka yang hidup dizaman Akademi Fantasia sebelum ini.

BACA JUGA : Senarai Penuh Peserta Gegar Vaganza Fantasia 2026

Cumanya ramai yang timbulkan persoalan, selain daripada Astro, kat mana lagi boleh layan atau tengok Gegar Vaganza Fantasia ini secara sah? Taknak tengok secara illegal atau secara haram. Nak tengok melalui saluran yang sah tanpa taknak langgan Astro.

Umum ketahui sekarang kalau nak langgan Astro kena ikan kontrak sekurang-kurangnya setahun iaitu menerusi Astro X3. Kalau guna dekoder dan piring Astro, kena ikat kontrak selama 2 tahun. Tapi berhajat nak layan GV sahaja.

Jangan risau, sebenarnya ada cara untuk anda tengok Gegar Vaganza Fantasia 2026 tanpa perlu langgan Astro pun. Tapi anda masih perlu bayar dan ada yuran langganan. Cumanya tak perlu kepada ikatan kontrak pun.

Cara Tengok Gegar Vaganza Fantasia 2026 Selain Daripada Astro

Untuk anda takda Astro, tapi nak layan Gegar Vaganza Fantasia kali ini, anda boleh menggunakan Sooka. Anda boleh tonton secara live streaming pada waktu yang sama seperti Astro. Boleh strim di laman web https://sooka.my/ atau menggunakan aplikasi Sooka.

Mana yang tak tahu, Sooka ni merupakan antara produk Astro, jadi jangan risau tentang kualiti dan sudah pastinya ianya sah dan illegal. Anda boleh tengok GV disini. Ianya bukan percuma, anda masih perlu langgan, tapi boleh buat secara bulanan sahaja.

Untuk yang nak tengok Gegar Vaganza Fantasia, anda boleh langgan pakej Entertainment serendah RM9.20 sebulan untuk pengguna baru. Anda boleh strim di mobile, tablet dan komputer. Sekiranya ingin menonton di Smart TV, anda kena langgan RM28.00 untuk sebulan.

harga langganan sooka

Tapi ada lagi pakej lebih jimat iaitu 24 Hour Pass. Ianya adalah langgan untuk menonton saluran Astro menerusi Sooka selama 24 jam. Ianya seolah-olah anda langgan untuk menonton GV sahaja. Harga yang ditetapkan RM12.50 untuk tempoh 24 jam. Tapi yang ni dapat pakej Sukan sekali.

langgan sooka sebulan

Jika dilihat daripada pakej yang ditawarkan, lebih berbaloi anda langgan pakej Entertainment selama sebulan dengan harga RM9.20. Lebih jimat. Selain boleh layan Gegar Vaganza, boleh juga strim drama melayu Astro yang lain juga.

Leave a Reply