Berita baik kepada semua, syarikat penghantaran J&T Express kini menawarkan promosi diskaun 50% bagi setiap pos parcel yang dibuat pada setiap hari Rabu. Jadi dengan ini anda boleh dapatkan kos penghantaran yang lebih murah.
Rasanya semua tahu pasal J&T ni meskipun anda sebagai pengguna atau penjual. Manakan tidak, setiap hari kalau order Shopee atau TikTok Shop, antara yang datang ke rumah kita setiap hari adalah abang delivery daripada J&T ini sendiri.
Akan tetapi khusus untuk penghantar atau mungkin juga kepada penjual, ada berita baik daripada pihak J&T Express. Bermula 26 Ogos 2026, pada setiap hari Rabu, J&T menawarkan diskaun 50% untuk pos parcel bagi penghantaran dalam negara menerusi program WednesSend. Promosi akan berlangsung sehingga 31 Disember 2026.
Ini bermakna, setiap daripada caj penghantaran dibuat, anda akan dapat 50% diskaun. Sebagai contoh, jika anda pos parcel guna J&T dengan harga RM7.00 untuk berat kurang 1kg, dalam waktu ini, anda hanya perlu bayar RM3.50 sahaja.
Cara Dapatkan Diskaun 50% Pos Parcel J&T Express
Yang biasa guna J&T Express pasti tahu dimana setiap daripada penghantaran parcel, anda kena buat smart order menggunakan aplikasi J&T sendiri. Dari sini barulah anda boleh drop parcel di kaunter dan seterusnya akan buat penghantaran kepada penerima.
Untuk pengguna pertama kali J&T, anda boleh gunakan Kod Referal eeupfhc2ww Untuk Dapatkan 500 Points Secara Percuma.
Jadi untuk dapatkan diskaun 50% ini, anda juga perlu menggunakan aplikasi tersebut. Jika anda buat smart order di kaunter, anda takkan dapat diskaun tersebut. Caranya adalah seperti berikut :
- Login aplikasi J&T seperti biasa
- Lengkapkan smart order seperti biasa dengan klik pada Create Order
- Masukkan alamat sender dan recipient
- Seterusnya pilih Drop Off dan masukkan maklumat parcel anda
- Kemudian klik pada Discount > Redeem More Vouchers > dan pilih baucer 50% dan klik Exchange
- Pada bahagian Voucher, pilih baucer tersebut dan klik Submit
- Akhir sekali akan dipaparkan jumlah yang perlu dibayar selepas diskaun 50% yang diperoleh dan klik Submit
- Seterusnya drop di cawangan J&T berhampiran dan bayar seperti biasa dengan harga yang lebih murah

Anda kena ingat, baucer ini hanya valid pada hari Rabu sahaja. Kemudian baucer itu juga dipaparkan tarikh yang boleh digunakan. Sebagai contoh, ianya memaparkan 4/11/2026, jadi pada tarikh tersebut sahaja boleh digunakan. Tak boleh bawa ke hari rabu seterusnya. Kena tebus baucer yang pula nanti.
Jadi lepas ni kalau anda ada nak buat penghantaran parcel, nak lebih jimat boleh guna J&T dan post pada hari Rabu. Standard akan bayar RM7.00 dan pada hari diskaun ini, anda hanya perlu bayar RM3.50 sahaja bagi setiap parcel.