Senarai Menu Rembayung Dan Harga Terkini

Harga & Menu Rembayung – Mana yang tengah ‘berperang’ untuk dapatkan slot tu, apa kata tengok-tengok dulu menu Rembayung. Jadi nanti kalau dah dapat meja boleh la siap-siap plan nak makan apa nanti kan.

Atau mungkin ada ‘fighter’ yang telah berjaya menumpaskan scalper dengan mendapatkan slot Rembayung, inilah masanya. Dah boleh tengok menu apa yang dijual di Rembayung sekali dengan harga yang disediakan.

Tapi rasanya sekarang mungkin lebih mudah untuk buat tempahan awal. Jika sebelum ini, kena berebut dengan ramai orang untuk booking meja menggunakan sistem UMAI. Tapi sekarang Khairul Aming dan kemaskini, booking semua guna Grab sahaja. Pastinya server yang lebih besar.

Ditambah pula peluang untuk scalper bermaharajalela sudah berkurang. Jadi orang ramai yang berebut sesama mereka yang betul-betul ingin ke Rembayung dan bukan semata-mata ingin ‘curi’ hasil keinginan orang lain.

Jadi untuk anda yang ingin dapatkan slot dine-in di Rembayung, anda perlu download aplikasi Grab dan kemudian pergi ke bahagian Dine-In dan pilih Rembayung. Seterusnya cari slot yang available untuk buat tempahan.

Harga Dan Menu Rembayung Terkini

Di Rembayung terdapat lebih 40 jenis hidangan yang anda boleh nikmati termasuk makanan dan minuman serta hidangan untuk kanak-kanak. Kesemuanya adalah jenis masakan melayu dan ianya dihidangkan secara panas-panas dan bukan buffet.

Selain tarikan utama daripada hidangan berat, Rembayung juga menawarkan aneka kuih-muih tradisional yang boleh dijadikan sebagai pembuka selera. Jadi sebelum nak belek-belek menu Rembayung, boleh makan kuih dulu.

Antara best selling di Rembayung pastinya Ayam Salai Masak Lemak Cili Api, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Gulai Utara Ikan Temenung, Udang Sambal Tumis Petai, Ayam Masak Kicap, Ikan Siakap Sambal Hijau Petai dan banyak lagi.

Untuk minuman, anda kena cuba Kopi Santan, Kelapa Bunga Telang, Kelapa Rembayung, Seri Bunga Raya, Senandung Senja, Kaseh Kasturi dan Teh Tarik Kampung. Ianya antara minuman best selling disini.

Jadi untuk anda semua, selamat menjamu selera.

Sumber : threads @zieti_yujina

Leave a Reply