Baru-baru ni aku ada pergi Jakarta dan masa aku pulang ke Kuala Lumpur, aku naik KLM Royal Dutch Airlines. Ada beberapa persoalan yang timbul dan salah satunya adalah macam mana nak request ‘Muslim Meal’ untuk makan dalam flight nanti?
Untuk info, flight KLM ini merupakan full-service airlines dimana biasanya akan diberikan meal atau makanan dalam flight secara percuma. Berbeza dengan low-cost airlines seperti Air Asia dimana kita kena beli makanan, jadi kena bayar.
Tapi disebabkan flight KLM Royal Dutch Airlines ini merupakan syarikat penerbangan luar negara, jadi pastinya makanan yang disediakan tidak halal secara amnya. Meskipun begitu, kita boleh request ‘special meal’ termasuklah ‘muslim meal’ yang pastinya halal.
BACA JUGA : Rupanya Changi Airport Pun Ada Free Singapore Tour Kalau Transit
Sebagai contoh jika anda naik Vietnam Airlines, anda boleh email atau DM di facebook rasmi mereka untuk request ‘muslim meal’. Selain itu, anda juga turut boleh mohon perkara yang sama jika naik Philippine Airlines. Jadi bila dalam flight, kita akan dapat ‘makanan halal’ tersebut.
Jadi perkara sama sepatutnya aku buat untuk mohon ‘muslim meals’ masa aku naik KLM Royal Dutch Airlines sebelum ini. Akan tetapi aku tak jumpa cara untuk mohon atau buat ‘special request’ tersebut sama ada masa Manage Booking atau ketika check-in. Nak email pun tak jumpa alamatnya.
Timbul persoalan, sebenarnya bagaimana cara untuk request ‘muslim meal’ kalau naik KLM Royal Dutch Airlines untuk perjalanan Jakarta-Kuala Lumpur ni? Atau adakah sebenarnya makanan yang dihidangkan sudah halal, jadi tak perlu request?
Makanan Halal Disediakan Oleh KLM Royal Dutch Airlines Untuk Perjalanan Jakarta-Kuala Lumpur
Pada awalnya, aku pernah jumpa satu video TikTok yang menyatakan halal meal boleh dimohon menerusi laman web KLM. Jadi lepas dah beli tiket flight dan kemudian buat manage booking, cuba cari pada bahagian ‘Meal’, tetapi ternyata tiada cara untuk request meal tersebut.

Tak jumpa untuk cara melalui manage booking, cuba pula untuk request melalui emel. Cuba cari di laman web KLM dan aku tak jumpa pun. Kalau ada pun hanya no. telefon menerusi KLM Cares sahaja.
Kemudian cuba cari perkongsian daripada nitizen menerusi aplikasi Threads yang pernah menggunakan dan naik flight KLM. Ternyata ramai yang bagi tahu, memang tiada cara untuk mohon ‘halal meals’ tersebut.
Ini kerana mereka katakan perjalanan antara Kuala Lumpur-Jakarta Indonesia sememangnya menyediakan makanan mesra muslim. Semua hidangan disediakan adalah halal dan sesuai untuk muslim.
BACA JUGA : Cara Isi All Indonesia Khusus Untuk Pelancong Malaysia Travel Ke Indonesia
Kenyataan tersebut dikuatkan dengan seorang pengguna Threads @hellosincerelyshe yang pernah menghubungi customer service KLM dan memberitahu pihak mereka sebenarnya menyediakan halal meal. Jadi tak perlu request.
View on Threads
Jadi disebabkan jawapan tersebut aku redha dan terima yang mana makanan ‘free meals’ yang disediakan oleh pihak KLM adalah halal dan sesuai untuk aku makan tanpa waswas.
Sedap Makanan Yang Disediakan Oleh Pihak KLM
Meskipun penerbangan tak sampai 2 jam pun untuk perjalanan Jakarta ke Kuala Lumpur, peramugari masih sempat untuk menyediakan makanan berat untuk setiap penumpang termasuk minuman pun.
Seperti yang dikongsikan oleh orang ramai, hanya 2 sahaja menu yang disediakan untuk route KL-Jakarta iaitu sama ada nasi lemak udang atau nasi beriani ala vegi.
Jadi untuk trip Jakarta aku sebelum ini, flight 7.30 malam, aku dapat menu nasi beriani ala vegi bersama salad kubis (coleslaw) dan juga apptizer kek coklat. Kemudian aku order air jus epal. Alhamdulillah sedap dan habis.

Untuk mereka yang masih tertanya-tanya macam mana nak request makanan halal masa naik KLM nanti, tak perlu request. Semua makanan disediakan halal dan sesuai untuk muslim. Jadi anda ambil sahaja makanan yang disediakan tersebut.
Harap membantu untuk anda yang mungkin akan pergi ke Jakarta-Kuala Lumpur menaiki KLM Royal Dutch Airlines pada masa terdekat ini