Mungkin ada yang tak tahu yang mana jika anda transit di Changi Aiport, mereka juga ada sediakan Free Singapore Tour. Jadi bagi traveller atau pelancong yang layover sebentar di Singapura, mungkin boleh ambil tour ini.
Sebenarnya aku pun baru tahu dan baru dengar berkaitan Free Singapore Tour ni. Ini pun selepas aku tengok ada satu akaun Threads dari Indonesia yang kongsikan pengalaman beliau berkaitan perkhidmatan servis ini ketika transit di Changi Airport dari Jakarta.
Aku tahu berkaitan Free Tour ini beberapa lapangan antarabangsa lain. Sebelum ini aku tahu ada di Istanbul Airport dan juga di China seperti Di Beijing, Shanghai dan lain-lain. Tapi sebenarnya hampir semua airport yang ada transit mesti ada servis Tour ini termasuk Singapura. Mungkin baru first time dengar je kot.
Jadi dengan adanya Free Tour seperti ini, anda boleh lah pusing-pusing negara tersebut untuk waktu-waktu tertentu sebelum memulakan penerbangan seterusnya. Lagi menarik biasanya tour ini ditawarkan secara percuma kepada pelancong.
Sama juga seperti Free Singapore Tour ini, kalau anda transit di Singapura, anda boleh jalan-jalan dan pusing negara tersebut tanpa perlu bayar apa-apa caj iaitu secara percuma. Boleh la juga hilangkan bosan kalau duduk di airport sahaja kan.

Free Singapore Tour – Changi Airport
Menerusi Free Singapore Tour ini, mereka ada menyediakan banyak jenis lawatan iaitu :
- Sentosa Discovery Tour
- City Sights Tour
- Singapore River and Marina Bay Sands Tour
- Heritage and Culture Tour
Setiap daripadanya mempunyai keistimewaan tersendiri. Anda boleh beli mengikut minat atau masa yang anda ada ketika transit di Changi Airport. Akan tetapi ada syarat-syarat yang ditetapkan untuk melayakkan anda dapat Free Singapore Tour ini.
Antara yang paling penting untuk dapatkan servis ini adalah tempoh transit atau layover atau persinggahan anda di Changi Airport adalah lebih dari 5.5 jam dan kurang dari 24 jam. Jika cukup, anda boleh ambil pakej yang disediakan.
Anda boleh buat pendaftaran secara online sekurang-kurangnya 50 hari sebelum tarikh tour tersebut iaitu di https://fst.changiairport.com/. Selain itu, anda juga boleh terus pergi ke booth yang disediakan di airport iaitu di bahagian Transit terminal T2 dan T3.
Changi Airport merupakan antara lapangana terbang antarabangsa yang paling sesak, sentiasa ramai orang. Jadi tour ini adalah siapa cepat, dia dapat dan mengikut kekosongan. Adalah lebih baik booking secara online lebih awal.
Tapi kalau terlupa, anda boleh juga cuba nasib di booth yang disediakan. Mungkin ada kekosongan ketika buat tempahan dan kena dengan jadual anda, boleh dapat melawat Singapura secara percuma.
Jika lihat jadual lawatan, ianya bermual seawal 10.00 pagi sehingga yang terakhir pada jam 7.00 malam. Setiap tour adalah biasanya berlangsung selama 2 jam 30 minit. Yelah, Singapura tu tak besar sangat pun kan. Selamat la untuk pergi dan balik ke airport. Kang risau tertinggal flight plak.
Untuk info lanjut berkaitan tempahan, syarat penuh serta jadual lawatan, anda boleh pergi ke laman web https://fst.changiairport.com/
Dapat Jalan Singapura Secara Percuma
Biasa aku tengok, kalau nak buat tempahan ke Jepun seperti di Tokyo atau Osaka, ada pilihan tambang murah menaiki Scoot Airlines. Jadi daripada Kuala Lumpur, anda akan transit sebentar di Changi Airport, Singapura sebelum meneruskan penerbangan ke Jepun.
Sebelum ini aku terfikir, kalau pilih penerbangan ini, kena lepak airport sahaja. Boleh tengok waterfall dalam airport dan sebagainya. Rupanya boleh terlibat dengan pelbagai aktiviti lain juga sementara layover. Jadi tak lah bosan sangat kan.
Jadi selepas ini, jika anda jumpa tiket flight murah ke mana-mana destinasi dan nampak kena transit di Singapura sama ada naik Singapore Airlines atau Scoot Airlines, boleh naik. Ada rezeki boleh join Free Singapore Tour.
Kalau dapat join tour ini, boleh jalan-jalan Singapura secara percuma. Berhajat nak melawat satu negara, tapi dengan transit ini, anda sudah melawat negara kedua pula. Biasa orang ramai masuk Singapura ikut darat, nanti boleh la masuk ikut udara pula.