Review Di Sebalik Jubah – Sisi Gelap Penunggang Agama?

Tengah aku buka apps Tonton, ada ternampak satu drama iaitu Di Sebalik Jubah. “Aku rasa ni drama terbaru, sebab 2-3 hari lepas aku tak pernah nampak pun dalam senarai”. Lepas tu dah pilih drama tersebut, baru nampak hanya ada 1 episod je. Betullah drama baru.

Selain daripada itu, drama Di Sebalik Jubah ni sangat menarik minat aku adalah kerana pelakon Daiyan Trisha. Rasanya macam dah lama tak nampak Daiyan berlakon drama. Tiba-tiba terlentas paling akhir rasanya dalam Projek: High Council. Lepas tu macam dah takda.

Daiyan Trisha ni aku rasa paling minat sekali masa dia berlakon dalam Tetuan Ang & Rahimin, kemudian dalam W:Two World. Jenis berlakon sahaja dan pastinya dia ni cantik. Selain aku, pasti ramai je suka. Dia pula baru menang Anugerah Melodi Terhangat 2025. Dari undian tu tau.

Jadi sebab dah nampak Daiyan Trisha ni lah, aku tertarik nak tengok drama Di Sebalik Jubah. Pada awalnya aku tak tahu sangat drama ni pasal apa. Tapi lepas dah baca sinopsis, aku boleh bayangkan ianya berkisarkan ‘penunggang agama’. Jubah yang dipakai hanya pelindung kepada kelakuan sebenar.

Sinopsis Drama Di Sebalik Jubah

Drama Di Sebalik Jubah mengisahkan tentang Layla dan Amina, dua beradik pempengaruh Islamik yang menjadi sanjungan ramai kerana imej mereka sebagai lambang kebaikan serta sifat pemurah.

Berpenampilan berjubah dengan aura kesucian, mereka menerajui Laymina Shares, sebuah yayasan kebajikan yang berjaya menambat kepercayaan masyarakat dan menggerakkan ribuan pengikut untuk menyumbang melalui pelbagai kempen derma.

Namun, di sebalik kejayaan mengumpul dana dalam jumlah besar, timbul tanda tanya apabila sebahagian sumbangan didapati tidak sampai kepada golongan yang sepatutnya, sebaliknya disalahgunakan demi kepentingan peribadi.

Kecurigaan semakin memuncak apabila Rashid, seorang dermawan muda yang pada awalnya mengagumi perjuangan mereka, mula mempersoalkan ketelusan projek-projek kebajikan tersebut.

Dengan bantuan Rashid, rahsia demi rahsia terbongkar, menguji kepercayaan orang ramai dan menggoncang hubungan dua beradik itu apabila kebenaran akhirnya tidak lagi dapat disorokkan.

Review Drama Di Sebalik Jubah Episod 1

Aku dah tengok Di Sebalik Jubah untuk episod 1. Untuk episod awal ni, aku sebagai penonton masih tak nampak apa permainan ‘penipuan’ yang ingin ditonjolkan. Pada awal-awal tayangan mungkin dah ada, tapi tidak terlalu obviuos.

Sepanjang penceritaan untuk episod awal ini, lebih ingin menggarap segala kebaikkan dan pencapaian yang digapai oleh adik-beradik Layla dan Amina ni. Kalau tengok dari awal, semua nampak baik dan normal sebagai seorang influencers islamik.

Suka la tengok penampilan Daiyan Trisha dan Azira Shafinaz dalam drama ni. Bertudung lengkap bersama jubah yang dipakai cukup baik. Sebab tu pada awal-awal ni aku tak nampak sangat apa keburukan yang akan dibuat oleh mereka.

Tapi sangkaanku meleset, rupa-rupanya pada akhir babak untuk episod 1 ini, ada satu kejadian buruk yang mungkin akan berlaku. Dari sinilah, barulah aku sebagai penonton akan tahu, penipuan apa yang dilakukan sepanjang penceritaan.

Mungkin ini adalah jawapan kepada persoalan daripada sinopsis yang dibentangkan. Kutip derma awam daripada orang ramai, tapi jumlah yang sampai kepada orang yang memerlukan tidak banyak, selebihnya masuk poket sendiri.

Disebabkan cliff hanger yang terjadi diakhir episod 1 ni, aku rasa aku nak tengok lagi drama Si Sebalik Jubah ni. Selain daripada sebab Daiyan Trisha, nak tahu juga apa penipuan yang dilakukan oleh dua beradik ni. Macam mana akhirnya boleh ‘kantoi’.

Jadi jika anda pun nak layan, jangan lupa untuk saksikan drama Di Sebalik Jubah yang mula bersiaran pada 22 Januari 2026, setiap Isnin dan Khamis secara eksklusif menerusi platform penstriman Tonton. Boleh strim di laman web https://www.tonton.com.my/ atau aplikasi mobile.

Anda boleh tonton atau strim secara percuma. Tidak perlu kepada langganan bulanan. Tapi sebab anda tak subscribe, akan ada iklan yang akan keluar sepanjang penceritaan. Tapi tak laman pun. Ok je kalau nak layan 1-2 drama.

Apa yang akan jadi seterusnya?

Leave a Reply