Nampaknya di laman media sosial hari ini ramai yang kongsikan harga emas naik lagi. Kali ini mungkin lain sikit dari sebelum-sebelum ini. Katanya emas kali ini naik cepat dan mendadak, bukan seperti kenaikkan biasa sebelumnya.
Aku lepas bangun pagi, buka la aplikasi Threads nak tengok kisah apa yang berlaku sepanjang malam. Tahulah apps ni kan. Macam-macam perkara pelik boleh berlaku. Lepas tu, followers tak ramai pun boleh fyp dan viral.
Masa aku buka apps ni, aku tengok ada orang share post ‘harga emas naik lagi’. Aku macam ‘oh naik lagi ke?’. Sebab hari sebelumnya, harga emas ada turun sikit, sebab tu aku macam pelik bila bagi tahu harga emas naik.
Lagi pun aku memang selalu juga nak cek naik turun harga emas ni. Ye la, kot kalau turun banyak, boleh beli. Kalau naik banyak, boleh jual. Dapat untung boleh bawa travel kan. Biasanya aku memang refer harga emas dari Public Gold sahaja. Mudah. Aku pergi https://publicgold.com.my/.
Lepas aku buka, serius terkejut bila tengok harga emas naik sampai RM700/g untuk tarikh 23 Januari 2026. 2 hari lepas aku tengok harga emas RM688/g. Hari sebelumnya dia turun sikit ke RM687/g. Tiba-tiba bangun pagi, tengok harga dah naik sebegitu cepat.
Apa lagi, aku screenshot la harga emas tersebut dan share juga kat threads. Nak tengok respons orang ramai untuk harga emas kali ini. Ada yang share bagi tahu dulu pernah beli emas dengan harga RM170/g sahaja. Mula rasa rindu. Mungkin harga sebelum covid tu.
Lepas tu aku tengok history perchasing aku juga yang aku pernah beli melalui Public Gold. Rupanya aku pernah beli gold bar masa harga RM267/g iaitu sekitar November 2022. Masa tu pun aku rasa dah mahal, sebab rugi tak beli masa RM100/g. Sekarang harga RM700/g. Ikut kiraan dah naik sehingga 162% tu. Fuh!
Cara Semak Harga Emas Di Public Gold
Sekarang berbelah bahagi nak jual ke tidak emas aku ni? Di Public Gold aku ada emas digital (GAP) dan pernah beli gold bar. Ada ternampak orang share, kalau harga emas naik mendadak macam ni, dia pasti akan turun semula dan kembali normal.
Cuma buat masa ni, aku biar dulu. Mungkin tunggu sampai minggu hadapan. Jadi dari semasa ke semasa aku kena check atau semak harga emas ni. Macam biasa lah, sebab dah beli guna Public Gold, kita semak je la harga guna website PG ni.
Harga emas berbeza-beza mengikut platform dan tempat. Ini kerana setiap pengeluar emas ada peratusan spread yang telah ditentukan. Mungkin ada yang kata Public Gold ni mahal sebab ada bayaran untuk ejen dan sebagainya. Terserah pada masing-masing. Aku sebab dah beli kat PG, jual kat PG la. Baru betul caranya.
Untuk semak harga emas di Public Gold, anda boleh pergi ke laman web https://publicgold.com.my/ dan kemudian anda tengok pada 2 bahagian iaitu Gold Acculumation Program (24K) untuk akaun GAP dan Gold Bar (24K) kalau beli jongkong.
Untuk Gold Bar, anda boleh tengok harga beli dan jual iaitu pada PG Sell dan PG Buy. Sebenarnya anggaran lebih kurang, anda boleh juga rujuk untuk harga jual bagi akaun Akaun GAP juga. Tapi nak tahu harga sebenar, boleh pergi ke aplikasi Public Gold. Situ terus dia bagi harga jual.
BACA JUGA : Cara Daftar Akaun Public Gold Dan Mula Beli Emas Secara Digital (GAP) dan Gold Bar
Nak Jual, Gadai Atau Simpan Je Emas Sekarang?
Secara personal, aku tak tahu apa sebab harga emas sekarang tengah naik secara mendadak. Katanya sebab perang. Tapi kalau tengok berita pun, tiada lagi perang fizikal yang meletus, cuma ada pre-war antara Trump-US dan EU la berkaitan tanah Greenland.
Adakah ianya disebabkan oleh perkara tersebut? Entah lah.
Anda ada juga ke emas di Public Gold atau mana-mana platform. Tak kisah lah di MIGA-i ke Bank Muamalat, Bursan Gold dan sebagainya atau gold bar mahupun barang kemas seperti rantai dan gelang. Rasa nak jual ke nak gadai ke atau nak terus simpan?
1 thought on “Terkejut Tengok Harga Emas Naik Sampai RM700/g Hari Ini”