Masa aku aku duk scroll Threads, aku perasan ada yang share dimana baki kredit Apps Zus Coffee akan expired. Meskipun duit kita yang topup, tapi jika tidak digunakan dalam tempoh tertentu, adakah ianya akan hilang?
Perkongsian ini diutarakan menerusi pertanyaan daripada pengguna @johnctlun di aplikasi Threads yang mana beliau juga baru perasan kredit yang di topup kedalam aplikasi Zus Coffee akan expired dan hilang.
Kalau tengok dalam post tersebut, tiada jawapan rasmi daripada pihak Zus dan hanya jawapan daripada pengguna lain sahaja. Jadi aku cuba baca satu-satu komen dan jumpa la jawapan kepada persoalan tersebut.
Jadi Betul Ke Duit Topup Atau Baki Kredit Apps Zus Coffe Tu Akan Hilang?
Jawapan ringkasnya adalah benar. Duit yang anda topup dalam apps Zus Coffee itu akan hilang atau expired. Meskipun begitu, tempoh tersebut telah dinyatakan dan ianya adalah selama 3 tahun. Tapi ada syarat rupanya.
BACA JUGA : Sedap! Cuba Air Viral Coffee Bean (CBTL) – Lineup OTR
Jika anda tidak menggunakan apps Zus Coffee sama ada buat pembelian atau topup semula dalam tempoh 3 tahun berturut-turut bermula daripada tarikh akhir transaksi, akaun anda akan dianggap tergantung atau ‘dormant’.
Disebabkan itulah, akaun anda akan dinyahaktifkan atau ditutup. Jika ditutup, maka segala duit atau kredit yang ada dalam e-wallet atau akaun Zus Coffee anda tersebut akan terpadam dan tidak boleh lagi digunakan.

Sebenarnya benda ni dah ada dalam Terms & Conditions pun, boleh baca SINI dan pergi ke no. 24 bahagian Deactivation. Jadi perkara ini tidak lah salah kerana telah dimaklumkan lebih awal secara hitam dan putih. Lagi pun, turut dipaparkan tarikh expired pada bahagian ‘Zus Balance’. Jadi kita boleh alert juga.
Namun begitu, kita sebagai pengguna mestilah rasa ralat sikit kan. Duit kita topup dalam apps Zus Coffee, tapi dah lama tak guna atau lupa, tengok-tengok buka je apps duit tersebut dah hilang dan tak sempat nak guna pun.
Duit Aku Akan Expired Tahun 2029 Jika Tidak Langsung Digunakan
Aku ada juga akaun Zus Coffee ni sebab biasa juga beli air kopi Zus ni guna apps – lebih mudah. Jadi aku pernah topup beberap kali dalam akaun e-wallet tersebut.
Sekarang baki kredit akau ada RM7.70 dan aku dah lama tak guna beli air Zus. Disini juga terpapar tarikh bila akan expired baki tersebut. Transaksi terakhir aku buat adalah pada September 2026. Jadi akaun aku dan baki duit tersebut akan expired pada 31 Januari 2029 iaitu 3 tahun selepas.

Anda boleh semak anda punya juga dengan cara buka aplikasi Zus Coffee > Account > Balance > Balance > Total Balance. Disini akan dipaparkan baki duit yang anda topup bersama tarikh expired.
Sebenarnya kalau guna sekali setiap tahun pun, ianya akan reset semula untuk tempoh 3 tahun seterusnya. Tak perlu pun nak guna setiap bulan untuk nampak aktif dan lanjutkan tempoh expired tersebut. Guna sekali sekala je pun ok.
Lagi pun apps Zus Coffee ini aku rasa antara apps F&B yang paling function. Mudah digunakan dan selalu juga bagi banyak baucer untuk pengguna. Jadi kalau anda berminat, anda boleh download apps Zus Coffee dan jangan lupa letakkan kod AIMO5KT dan boleh dapat sehingga 80% off.
Jadi jangan stress-stress dan guna je macam biasa apps tu. Tempoh 3 tahun tu lama sangat. Mesti dalam setahun ada terguna juga beli Kopi Latte ke Matcha dan sebagainya.