Boleh ke kalau nak diet, nak makan roti krim Gardeni Quick Bites RM1.20 tu je? Makan roti pun boleh kenyang. Cuma kena tahu kandungan atau jumlah kalori bagi setiap ban. Adakah jumlanya tinggi atau sebaliknya?
Umum sudah ketahui, kalau nak kurus atau nak turun berat badan, cara yang paling mujarab adalah untuk buat kalori defisit. Ini bermakna, jumlah kalori yang diambil setiap hari daripada makanan mestilah kurang daripada jumlah kalori yang diperlukan badang.
BACA JUGA : Review Roti Krim Keju – Terbaru Daripada Line-Up Quick Bites Gardenia
Oleh sebab itu, kalau nak kurus paling penting kena jaga pemakanan. Kalau boleh setiap makanan kena tahu berapa jumlah kalori. Sebagai contoh jika anda nak makan roti Gardenia Quick Bites ini, kena tahu berapa kalori bagi setiap perisa. Ianya pasti berbeza-beza.
Jadi untuk anda yang on diet dan nak makan roti Gardenia RM1.20 ini, disini anda boleh dapatkan senarai jumlah kalori bagi setiap perisa yang ada di pasaran sekarang.
Jumlah Kalori Roti Gardenia Quick Bites Setiap Perisa
Sebenarnya pada bungkusan roti berkrim ini adalah dipaparkan jumlah kalori. Jadi daripada situ, anda boleh buat kira-kira adakah anda boleh makan atau tidak berdasarkan kalori intake. Nak tahu senaria jumlah kalori, boleh rujuk jadual dibawah :
| Perisa | Jumlah Kalori (kcal) |
|---|---|
| Jagung | 175 |
| Coklat | 182 |
| Vanila | 186 |
| Strawberi | 206 |
| Butter Sugar | 207 |
| Durian | 226 |
| Keju | 228 |
| Pandan Gula Melaka | 250 |
| Black Forest | 250 |
Daripada senarai ini, perisa jagung memberikan jumlah kalori yang rendah iaitu 175 kcal. Manakala paling tinggi adalah perisa Pandan Gula Melaka dan Black Forest iaitu 250 kcal. Gardenia menetapkan jumlah kalori ini adalah berdasarkan hidangan 50g iaitu sebuku roti tersebut.

Selain daripada rendah kalori, roti berkrim ini juga tidak mengandungi lemak trans. Selain daripada selamat untuk jantung, ianya juga membuatkan tak cepat gemuk. Akan tetapi kena tengok kandungan lain seperti gula dan natrium. Boleh makan berpada-pada.
Jadi sekarang anda dah tahu kandungan atau jumlah kalori yang ada di setiap roti krim Gardenia ini, oleh itu boleh la buat hitungan kalori sebelum makan. Semoga bermanfaat.
1 thought on “Senarai Jumlah Kalori Quick Bites Roti Gardenia RM1.20”