So Far Traveloka Trusted Untuk Tempah Tiket Flight!

Sekarang kalau buka Threads ramai yang tanyakan, korang booking ticket flight murah macam mana? Guna apa? dan ada juga tanyakan Traveloka tu ‘trusted’ ke kalau nak guna? Ada apa-apa masalah tak kalau beli tiket kapal terbang nanti.

Persoalan ni sebenarnya bukan lah baru timbul. Kalau buka facebook terutamanya di group travel, ramai je yang tanyakan Traveloka ni boleh dipercayai ke? Nak tahu mungkin ada mana-mana pengguna yang pernah guna dan berpengalaman guna third-party platform ini.

Traveloka merupakan antara platform pihak ketiga yang menawarkan pelbagai fungsi tempahan perjalanan dan aktiviti. Secara ringkasnya, ianya memudahkan semua urusan travel dalam satu tempat. Antaranya termasuklah tempah tiket kapal terbang.

Untuk info, selain daripada booking flight ticket, di Traveloka juga anda boleh tempah bilik hotel, beli tiket train dan pass, beli tiket untuk aktiviti, airport transfer, sewa kereta, insurans, beli kad sim serta wifi dan pelbagai lagi.

Mungkin sebelum ini ramai yang selalu menggunakan platform ini untuk buat tempahan bilik hotel. Jadi kali ini terdetik nak buat tempahan untuk tiket flight pula. Dikatakan antara platform yang menawarkan harga tiket kapal terbang lebih murah berbanding booking direct airlines.

Disebabkan itulah, terutamanya yang baru pertama kali menggunakan Traveloka yang mana mereka nak tahu adalah platform ini ‘trusted’ atau boleh dipercayai? Adakah akan ada masalah yang akan timbul selepas dah beli tiket nanti.

Mereka pastinya khuatir jika mereka ditipu. Dah buat persediaan semua untuk travel ke luar negara, tiba-tiba tengok tiket flight yang dibeli tidak wujud. Bukan sahaja rugi wang ringgit, tapi masa yang telah diberikan untuk buat segala persediaan untuk bercuti.

Pengalaman Menggunakan Traveloka Untuk Tempah Tiket Flight

Jadi disini aku nak kongsikan sedikti pengalaman aku menggunakan Traveloka terutamanya bagi tujuan tempahan tiket flight. Disclaimer awal, segala perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri sahaja.

Sejujurnya pertama kali aku gunakan Traveloka adalah sekitar pada tahun 2024. Ketika itu, tempahan pertama yang aku buat adalah beli tiket kapal terbang. Yes, aku sebagai new user ketika itu, tanpa berfikir panjang, terus beli guna Traveloka sebab tengok lagi murah daripada booking guna direct arlines.

tempah tiket flight di traveloka

Pada awalnya kalau aku nak beli tiket flight, aku akan guna Air Asia Move untuk tempahan flight Air Asia. Pergi tiket ke Ho Chi Minh, pergi ke Taiwan dan sebagainya. Kesemua destinasi tersebut aku beli daripada direct airlines.

Tapi kali ini cari alternatif lain untuk dapatkan lebih penjimatan dan ketika itu juga aku baru kenal apa itu Traveloka. Daripada situlah, aku buat perbandingan dan ternyata Traveloka memberikan pilihan harga tiket yang lebih rendah. Jadi aku beli je la macam biasa untuk tiket Air Asia.

Ketika itu juga ada juga terfikir kalau terjadi apa-apa pada tempahan aku tu, nak report macam mana. Aku tahu akan risiko beli daripada platform third-party ni. Katanya susah untuk berurusan, susah nak refund duit dan sebagainya.

Tetapi Alhamdulillah, selepas dah tempah tiket flight semua untuk 3 orang kesemuanya, tiada berlaku apa-apa masalah. Lepas buat pembayaran, dalam beberapa minit, terus dapat No. PNR. Kemudian segala Nama yang telah diisi pun tiada berlaku sebarang perubahan. Apa yang ditulis, itulah yang dipaparkan pada tiket.

Kemudian nak buat manage booking dan check-in di Air Asia Move pun tiada masalah. No. PNR yang diberikan boleh digunakan smoothly. Akhir sekali segala penerbangan pun tiada apa-apa berlaku. Semua terbaik.

So Far Traveloka Boleh Dipercayai

Kemudian lepas tu, aku terus gunakan aplikasi Traveloka ini lagi iaitu bagi tempahan bilik hotel pula. Sebab mereka ada bagi banyak baucer diskaun. Jadi disebabkan itu, aku boleh dapat harga yang lebih murah berbanding platform tempahan lain.

Tak cukup dengan itu, sekali lagi aku gunakan Traveloka untuk tempah tiket kapal terbang dan ketika itu ke Osaka, Jepun iaitu pada tahun 2025. Kali ini, nilai dan harga tiket flight lebih mahal berbanding ke Hong Kong sebelum ini iaitu total dalam RM5k berbanding RM1.5k.

dotonbori osaka

Macam biasa, dah beli tiket dan bayar semua. Kemudian akan terima No. PNR. Cuba untuk Manage Booking untuk pastikan nombor yang diberi tersebut adalah valid. Alhamdulillah tiada masalah berlaku termasuk ketika ingin check-in online.

Paling best kali ini ada berlaku penjadualan semula atau reschedule waktu penerbangan. Meskipun perubahan waktu hanya delay 30 minit, aku turut dapat notifikasi daripada pihak Traveloka. Mereka maklumkan waktu baru penerbangan. Sangat bertanggungjawab.

Jadi mengikut pengalaman aku menggunakan Traveloka, ianya tidak berlaku sebarang masalah pun. Aku anggap platform ini sangat dipercayai dan ‘trusted’ terutamanya jika anda ingin buat tempahan tiket flight. Traveloka best, sebab harga lebih murah.

Jika anda masih belum mempunyai akaun Traveloka, anda boleh daftar menggunakan PAUTAN INI untuk dapatkan diskaun 8% untuk tempahan pertama sebagai New User.

Leave a Reply