Berita yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia nampaknya telah tiba. SARA One-Off yang diberikan kepada semua rakyat Malaysia kini sudah mula dikreditkan kedalam setiap pemegang MyKad.
Kalau anda masih ingat, pada bulan Januari yang lepas, kerajaan Malaysia melalui PMX iaitu YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim telah mengumumkan akan memberikan sekali lagi bantuan SARA secara one-off kepada semua rakyat Malaysia yang memegang MyKad.
Sebelum ini, kita semua pernah menerimanya buat kali pertama pada bulan Ogos 2025. Ketika itu juga, kerajaan turut mengumumkan RM100 bagi semua warganegara Malaysia pemegang MyKad berumur 18 tahun dan keatas.
Kali ini untuk tahun 2026, SARA One-Off tersebut diberikan sekali lagi. Syarat yang ditetapkan sama seperti sebelum ini. Ianya diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah iaitu mereka berumur 18 tahun dan keatas.
Pada asalnya Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini diberikan kepada golongan B40 yang layak secara bulanan. Mereka yang layak adalah berdasarkan jumlah pendapatan yang ditetapkan. Untuk golongan bujang dan berkeluarga.
Kemudian barulah kerajaan mengambil inisiatif tambahan yang mana untuk memperluaskan bantuan ini untuk diberikan kepada semua warganegara Malaysia tetapi sekali sahaja iaitu menerusi SARA One-Off. Bukan setiap bulan.
SARA ini bukanlah bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah atau STR yang mana penerima akan diberikan bantuan secara wang tunai. Akan tetapi ianya merupakan kredit yang dimasukkan kedalam MyKad yang dijadikan perantara untuk berbelanja dan membuat bayaran.
RM100 tersebut bukan dalam bentuk wang tunai, tapi dalam bentuk kredit yang ada dalam MyKad anda. Jadi nak guna kredit tersebut, anda hanya perlu bayar guna MyKad anda tersebut sahaja. Akan tetapi perbelanjaan adalah terhad untuk barangan keperluan harian dan dikedai yang telah ditetapkan.
Senarai Barangan SARA Yang Anda Boleh Beli
Ada yang tertanya-tanya, dengan Sumbangan Asas Rahmah yang kita dapat nanti, barang apa je yang boleh dibeli?
Seperti yang telah disenaraikan lebih awal ketika pengenalan SARA lagi, terdapat 14 kategori barangan yang diluluskan. Antaranya beras, telur, roti, minyak masak, biskut, mi segera, tepung, minuman, makanan dalam tin, ubat-ubatan, bahan perasan, barangan kebersihan rumah dan sehinggalah keperluan sekolah.

Tapi kalau anda masih bingung adakah produk tersebut boleh guna untuk SARA ke tidak, anda boleh scan atau imbas bar code pada produk tersebut terlebih dahulu. Download aplikasi MyKasih dan piih Check Items. Sekiranya keluar hijau (Eligible), anda boleh bayar produk tersebut guna SARA. Jika merah, tak boleh.
Senarai Kedai Terpilih
Selain daripada kategori barangan yang telah ditetapkan, anda hanya boleh guna bantuan SARA ini di kedai terpilih sahaja. Tapi jangan risau, sekarang dikatakan lebih 10,000 kedai dan pasar raya yang terpilih di seluruh negara terima pembayaran guna SARA.
Jika sebelum ini, hanya pasar raya dan kedai-kedai besar sahaja yang anda boleh gunakan SARA. Kini tidak lagi, dimana kedai-kedai kecil dalam kampung pun dah banyak anda boleh gunakan. Nak tengok senarai kedai terpilih, bole klik SINI.
Cara Semak Kelayakan SARA One-Off Untuk Semua
SARA One-Off Untuk Semua 2.0 kali ini anda boleh gunakan bermula 9 Februari hingga 31 Disember 2026. Kali ini tempoh lebih lama iaitu sekitar 10 bulan. Kesemua warganegara Malaysia yang layak akan menerima sebanyak RM100 yang akan dikreditkan melalui MyKad.
Cara semak kelayakan SARA One-Off Untuk Semua :
- Pergi ke laman web https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan nombor Mykad dan klik semak
- Akan dipaparkan status kelayakan anda
*anda juga boleh semak dengan menggunakan aplikasi MyKasih
Ingat, bantuan ini bukan diberikan bagi setiap wakil ahli keluarga, tetapi diberikan bagi setiap ahli keluarga pemegang MyKad yang berumur 18 tahun dan keatas.
Sebagai contoh, kalau dalam keluarga anda ada ayah dan ibu serta 2 orang anak yang berumur 19 dan 20 tahun. Setiap seorang dapat RM100 dan total semuanya adalah RM400.
Secara logiknya RM100 One-Off itu tidaklah mampu untuk menampung perbelanjaan harian, tapi sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kos sara hidup. Pada bulan tersebut, dah boleh jimat bila dapat free beras, telur dan sebagainya. Jadi lebihan duit yang tidak digunakan boleh guna untuk perbelanjaan lain.
Bantuan SARA bagus sebab ianya lebih mengfokuskan kepada barangan keperluan harian. Risau kalau dapat tunai, duk beli benda lain kan. Tapi kerajaan pun ada juga bagi bantuan tunai iaitu STR kan. Jadi dia bagi lagi. Ok la.
1 thought on “SARA One-Off Untuk Semua Dah Masuk. Boleh Semak Sekarang!”