Cara Bayar Kompaun Parkir Kereta Di Kuantan (MBK) Secara Online

Tiba-tiba datang Kuantan, tak semena-mena kena saman. Sekarang dah balik Temerloh atau berada di luar kawasan. Jadi macam mana nak bayar kompaun. Adakah kena pergi semula ke Kuantan atau sebenarnya boleh bayar online?

Baru-baru ini aku pergi ke Kuantan atas sebab urusan kerja. Ini merupakan day-trip sahaja. Jadi aku bergerak dari Temerloh pada pagi dan pulang selepas selesai urusan pada waktu petang. Tak lama la aku berada di Kuantan.

Dalam tempoh tersebut, aku pergi parking kereta. Jika di Kuantan, anda boleh bayar parking secara online menggunakan Pahang Go. Tak boleh guna Flexiparking. Tapi selepas bermula April 2026, sekarang dah boleh bayar guna Kod QR sahaja, tak perlu guna apps dah.

Jadi aku pun gunalah pembayaran menggunakan Kod QR yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) sendiri dan pilih untuk tempoh 1 jam sahaja.

Disebabkan tiada notification bagi tahu tempoh tiket parking aku dah habis, sudahnya kena saman iaitu sebanyak RM10. Jadi aku bawa balik la surat taman parking tersebut ke Temerloh pada petangnya.

saman parking kuantan

Dalam perjalanan pulang tu, aku tertanya-tanya macam mana nak bayar kompaun ni? Sebab kalau guna Flexiparking, boleh bayar guna aplikasi tersebut. Sebab Kuantan tak guna, macam mana nak bayar? Takkan nak pergi kauntern MBK untuk bayar kompaun?

Tapi rupa-rupanya anda boleh bayar kompaun parkir kereta di Kuantan dengan menggunakan aplikasi Pahang Go sahaja. Jadi anda boleh buat secara online, pada bila-bila masa sahaja. Even anda berada di luar Kuantan pun, masih boleh bayar sama tersebut.

Cara Bayar Kompaun Parkir Kereta Di Kuantan Menggunakan Pahang Go

Tidak boleh tidak, anda perlu ada akaun Pahang Go. Sebelum nak bayar kompaun, anda perlu daftar akaun terlebih dahulu. Anda perlu dowload aplikasi https://pahanggo.com/ di Play Store atau App Store secara percuma. Kemudian Sign Up untuk daftar akaun.

Dah ada akaun Pahang Go, now barulah boleh bayar kompaun. Ikuti langkah-langkah seperti dibawah :

  1. Buka aplikasi Pahang Go
  2. Pada halaman utama, pilih GovPay
  3. Kemudian klik Kompaun Kenderaan dan pilih MB Kuantan
  4. Seterusnya masukkan No. Plat kenderaan anda dan klik Semak
  5. Akan dipaparkan jumlah kompaun yang ada. Untuk bayar klik Buat Bayaran
  6. Pilih Topup & Beli. Hanya boleh topup menggunakan Perbankan Online sahaja seperti Maybank, CIMB, Bank Islam, Bank Rakyat dan sebagainya
  7. Lakukan seperti biasa sehingga selesai
  8. Transaksi berjaya
cara bayar kompaun parkir kereta kuantan

Dengan berjaya dan selesai transaksi dibuat. Maka anda sudah selesai tanggungjawab untuk bayar kompaun parkir kereta bagi kawasan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK). Jadi dah tiada hutang atau saman lagi.

Jadi selepas ini sekiranya ada lagi apa-apa bayaran kompaun atau saman terutamanya di daerah Kuantan, anda boleh gunakan aplikasi Pahang Go sahaja.

Sebenarnya selain daripada MB Kuantan, bagi bayaran kompaun atau saman parkir, daerah-daerah lain yang anda boleh bayar guna Pahang Go ini adalah Bentong, Cameron Highland, Maran, Jerantut, Rabu, Pekan, Rompin, Bera dan Lipis.

Selain daripada daerah-daerah tersebut, anda boleh bayar saman menggunakan Flexiparking iaitu bagi daerah Temerloh. Rupanya kat Pahang ni, hanya Temerloh sahaja menggunakan aplikasi pihak ketiga. Nak untung lebih ke apa?

Diharapkan selepas ini, bagi anda yang mungkin baru lepas kena kompaun parkir di Kuantan dan tak tahu nak bayar saman macam mana, boleh ikuti perkongsian seperti diatas. Jadi boleh lakukan dimana-mana sahaja secara online iaitu menggunakan aplikasi Pahang Go.

Leave a Reply