Apa Maksud Debit Advice Dalam Akaun Maybank?

Terutamanya bagi pengguna Maybank, anda pernah tak jumpa rekod pembayaran dalam akaun menggunakan nama ‘Debit Advice’? Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah maksud tersebut dan kenapa ianya dibayar secara automatik kan?

Baru-baru ini nampak ramai yang kongsi pengalaman di Threads yang mana ada rekod pembayaran yang berlaku dalam akaun Maybank mereka iaitu dengan nama ‘Debit Advice’. Rekod tersebut menunjukkan penolakan RM8.00.

caj tahunan kad debit maybank debit advice

Bila ianya melibatkan penolakan duit dan secara automatik pula, pastinya pengguna akan tertanya-tanya kenapa ianya berlaku. Adakah akaun mereka kena hack? Atau pihak bank curi duit mereka tanpa sedar?

Maksud Debit Advice Dalam Akaun Maybank

Sebenarnya Debit Advice tu bukanlah akaun Maybank anda kena hack atau pihak bank curi duit anda atau bukan juga Maybank bagi nasihat percuma kepada anda, tetapi ianya rekod pembayaran untuk yuran tahunan kad debit.

Ya, ianya annual fee yang dikenakan kepada semua pengguna Maybank yang mempunyai Kad Debit. Pada mula-mula anda mohon Debit Card tersebut, secara langsung anda akan terikat dengan bayaran fi tahunan berharga RM8.00.

Dengan pembayaran tersebut, anda boleh keluarkan duit atau withdraw money daripada mesin ATM Maybank secara percuma tanpa had. Anda keluarkan note RM10 paling minimam dan tidak dikenakan caj tambahan selepasnya.

caj kad debit maybank

Boleh Cancel Annual Fee Kad Debit

Tetapi sekiranya anda tidak berminat untuk membayar annual fee RM8.00 ini, anda sebenarnya boleh mohon batalkan. Boleh hubungi pihak bank atau pergi terus ke mana-mana cawangan Maybank dan mohon pembatalan.

Sebelum itu anda kena tahu sekiranya anda batalkan fi tahunan tersebut, hanya 4 kali pengeluaran diberikan secara percuma atau tanpa caj setiap bulan. Untuk pengeluaran yang ke-5 dan seterusnya anda kena bayar 50 sen bagi setiap transaksi.

Sekiranya anda cucuk duit kali ke-5 pada bulan yang sama seperti contoh keluarkan RM100, akaun anda akan ditolak 50 sen. Tapi jangan risau, anda masih lagi dapat cash atau tunai RM100 tersebut. Caj tersebut hanya ditolak daripada akaun sahaja.

Annual Fee Juga Ada Pada Bank Yang Lain

Sebenarnya fi tahunan, caj tahunan atau annual fee daripada Kad Debit ini bukanlah perkara asing. Selain Maybank yang mengenakan caj tersebut, bank lain seperti CIMB, Bank Islam dan lain-lain semua ada fi yang telah ditetapkan.

BACA JUGA : Senarai Caj Tahunan Kad Debit Bagi Semua Bank Di Malaysia

Sebagai contoh jika anda merupakan pengguna Bank Islam, rekod pembayaran akan ditulis dengan nama BIDC Charges yang bermaksud caj tahunan untuk kad debit. Harga bergantung kepada jenis kad iaitu antara RM10 – RM12.

Seterusnya jika ada pembayaran atas nama ‘Debit Card Fee’ khusus untuk pengguna CIMB, ia juga merujuk kepada annual fee debit card. Harga lebih tinggi iaitu RM15 setahun untuk Visa dan Mastercard.

Jadi lepas ni kalau ada yang tanya ‘apa maksud debit advice’ yang tertulis dalam akaun Maybank, ianya merujuk kepada fi tahunan kad debit.

Sumber : Maybank2u/debitcard

1 thought on “Apa Maksud Debit Advice Dalam Akaun Maybank?”

Leave a Reply