Apa Maksud Debit Advice Dalam Akaun Maybank?
Terutamanya bagi pengguna Maybank, anda pernah tak jumpa rekod pembayaran dalam akaun menggunakan nama ‘Debit Advice’? Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah maksud tersebut dan kenapa ianya dibayar secara automatik kan? Baru-baru ini nampak ramai yang kongsi pengalaman di Threads yang mana ada rekod pembayaran yang berlaku dalam akaun Maybank mereka iaitu dengan nama ‘Debit Advice’.