Tahukah anda sebenarnya kad debit anda ada caj tahunan tau. Anda tidak menggunakan kad tersebut secara percuma selamanya. Akan tetapi nilai atau jumlah caj tersebut adalah berlainan bagi setiap bank yang ada di Malaysia.
Setiap bank akan tolak secara automatik daripada akaun bank pengguna. Jadi anda jangan terkejut jika ada penolakan secara sendiri dengan menggunakan nama pembayaran tersendiri. Setiap bank berbeza-beza.
Jika ada pembayaran atas nama Debit Advice, ianya bermaksud caj tahunan kad debit daripada Maybank. Jika dapat Debit Card Fee, ianya daripada CIMB. Seterusnya BIDC Charges adalah dari Bank Islam yang bermaksud pembayaran kad debit annual fees. Setiap bank berbeza.

Caj ini khusus untuk kad debit sahaja. Dengan caj ini, anda boleh mengeluarkan duit daripada mesin ATM dengan nilai tanpa had. Sekiranya anda tidak ingin dikenakan caj tahunan, anda boleh hubungi pihak Bank dan batalkan. Akan tetapi ada limited pengeluaran duit di mesin ATM setiap bulan.
Senarai Caj Tahunan Kad Debit Bank Popular Di Malaysia
Jadi jom kita tengok senarai caj tahunan bagi kad debit yang dikenakan untuk setiap bank yang popular dan biasanya digunakan oleh rakyat Malaysia :
1) Maybank
Untuk Maybank hanya dikenakan caj RM8 setahun untuk pemegang kad debit. Anda boleh batalkan pembayaran tersebut, tetapi pengeluaran duit di mesin ATM adalah terhad.
2) CIMB
CIMB mengenakan caj RM15.00 setahun untuk pemegang kad debit Mastercard dan Visa. Hanya dicaj bermula 2 tahun berikutnya.
3) Bank Islam
Yuran kad debit Bank Islam adalah berbeza mengikut jenis kad yang digunakan :
- Visa/Mastercard Debit Card – RM12
- Visa University (UniDebit) – RM10
- Visa Harimau – RM13
- Visa State Football Club – RM15
- Visa Malaysia Hockey Confederation – RM12
- Visa Malaysia Badminton Association Malaysia – RM12
- Visa Malaysia Rugby Union – RM12
- Visa PTPTN – RM10
- Visa Tabung Haji – RM12
- Visa Koperasi Telekom Malaysia Berhad – RM12
- Visa UTHM – RM12
- Visa Alumni UiTM – RM12
- Visa Alumni UPSI – RM12
- Visa Alumni UIAM – RM12
- Visa Alumni UTM – RM12
- Visa IPGM – RM12
- Visa MAIWP – RM10
4) BSN
Annual fee untuk pemegang kad debit BSN dikenakan caj RM8 untuk Giro Adult, RM5 untuk Giro Teenager dan RM1 untuk Giro Biasiswa. Manakala untuk Giro Saver, Basic Saving Account dan Giro Premium, caj dikecualikan.
5) Bank Rakyat
Untuk kad debit bank rakyat, caj dikenakan adalah sebanyak RM8 setahun dan pengecualian untuk tahun pertama sahaja.
6) Public Bank
Pada awalnya, Public Bank antara bank yang mengenakan annual fee tertinggi iaitu RM24 bagi setiap kad debit. Namun bermula Januari 2026, jumlah tersebut telah berubah kepada RM3 sahaja setahun.
7) Hong Leong Bank
Untuk pemegang debit kad Hong Leong Bank yang mempunyai akaun simpanan, caj dikenakan adalah sebanyak RM8 setahun. Nilai tersebut juga terpakai untuk Junior Debit Card (JDC) iaitu RM8 setahun.
8) AmBank
Sekiranya kad debit AmBank anda adalah bersama dengan Basic Saving Account/-i, tiada caj tahunan dikenakan. Tetapi sekiranya kad debit bersambung dengan dengan Saving Accounts yang lain, dikenakan caj RM8 untuk tahun kedua dan seterusnya. Tahun pertama dikecualikan.
9) Affin Bank
Untuk pemegang kad debit Affin Bank, anda dikecualikan untuk bayaran annual fee untuk tahun pertama. Untuk tahun kedua dan seterusnya, akan dicaj sebanyak RM12.00 setahun. Terpakai untuk kad debit islamik dan konvensional.
10) Alliance Bank
Untuk kad debit Alliance Bank, caj dikenakan adalah RM8.00 setahun bagi pemegang Alliance My eSaving Debit Card. Sekiranya disambungkan dengan Basic Saving Account/-i, caj adalah dikecualikan.
11) HSBC
Untuk premier account HSBC, caj kad debit secara tahunan dikecualikan.
12) UOB
Berita baik untuk semua pemegang kad debit UOB ini kerana tiada caj tahunan perlu yang dibayar. Ianya dikecualikan atau waived setakat ini.
13) RHB
RHB juga antara bank yang mengenakan pelbagai caj tahunan bagi setiap kad debit. Berikut merupakan caj yang dikenakan tersebut :
- RHB Multi Currency – RM20
- RHB Premier Multi Currency – RM20
- RHB Premier Visa Infinite – RM50
- RHB Visa – RM12/RM8
- RHB Mastercard – RM12/8
- RHB Visa Debit Chibi Superman – RM12
- RHB Visa Debit Chibi Batman – RM12
- RHB Corporate MyDebit – RM12
- East Smart – RM20
14) Agro Bank
Untuk Agro Bank berapa pula caj tahunan kad debit yang dikenakan? Setakat September 2026, caj atau yuran yang perlu dibayar adalah RM10 sahaja setahun.
Jadi lepas ni anda dah tahu berapa caj yang dikenakan secara tahunan bagi setiap kad debit anda tersebut. Anda hanya perlu bayar sekali sahaja setahun.
1 thought on “Senarai Caj Tahunan Kad Debit Bank Di Malaysia”