Selepas projek cinta, Fakhri kini kembali untuk episod kedua menerusi Projek Legend Council. Adakah beliau juga akan menjadi legend sama seperti Kuda yang mana kini menjadi inspirasi untuk terus berjaya di KUDRAT.
BACA JUGA : Saksikan Projek Love Council Episod 1
Astro bawakan sambungan daripada episod pertama sebelum ini di Projek Love Council dan kini untuk Projek Legend Council pula. Masih dengan watak utama iaitu Fakhri bersama-sama rakan-rakan bagi berdepan dengan Greyjoy.

Sama juga seperti episod 1, siri Projek Love & Legend Council ini bukanlah sambungan universe High Council. Ianya dihasilkan bagi tujuan promosi. Untuk Projek Love Council ada produk Axe dan kini Projek Legend Council ada Clear Men pula.
Akan tetapi bagi bagi peminat siri High Council siri ini pastinya ditunggu-tunggu oleh mereka. Disinilah anda boleh tengok kembali aksi Mierul Aiman sebagai Fakrul dan paling istimewa dapat tengok sisi lain daripada wataknya.
Sinopsis Drama Projek Legend Council
Kisah ini bermula apabila KUDRAT kali ini dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran pertandingan bola sepak dalam Perisai Laksamana Cup bagi edisi ke-40. Pasukan lawan adalah mereka yang bergelar Greyjoy.
Fakhri sebagai kapten KUDRATt, berdepan pasukan kebal tanpa kalah sambil menangkis perang psikologi lawan. Konflik memuncak apabila kapten lawan ialah bekas kekasih Yana. Mampukah KUDRAT mencipta legenda?

Info Tayangan Projek Legend Council
Jadi bagi anda yang tidak sabar-sabar untuk saksikan Projek Legend Council ini, anda kini boleh strim secara online di Sooka menerusi laman web https://sooka.my/ atau menggunakan aplikasi mobile. Disiarkan secara percuma.
Jika episod 1 sebelum ini, selain daripada tayangan di Sooka, siri Projek ini turut disiarkan di laman Tiktok rasmi Astro Shaw dan Youtube Astro Shaw beberapa hari tayangan. Jadi anda boleh semak di platform tersebut juga.
Bersiaran : Sooka
Tarikh : Mulai 12 November 2026 (Khamis)
Penulis Skrip : Sham Hashim, Najman Syah, Irdina Ishak
Pengarah : Hafiz Rashid
Produksi : Astro Shaw & LE Mediator Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
- Mierul Aiman sebagai Fakhrul
- Harissa Adlynn sebagai Yana
- Khenobu sebagai Jojo
- Ameer Fadhil sebagai Fahmi
- Zairi Aziz sebagai Adman
- Khaled Ahsrief Syed
- Liang Chia sebagai Jason
- Rykal Iskandar sebagai Izzat
- Neza Idrus sebagai Niesa
- Evanatie Sannie sebagai Eva
1 thought on “Saksikan Projek Legend Council Di Sooka”