Cara Dapatkan Tiket Gegar Vaganza Fantasia – Ada Jual Ke Tiket?

Sampai musim kali terbaru ni baru perasan ramai yang tanyakan, macam mana cara nak dapatkan tiket masuk Gegar Vaganza Fantasia? Memang ada tiket dijual atau hanya yang dapat jemputan sahaja dibenarkan masuk?

Program realiti paling popular di Malaysia, Gegar Vaganza kini terus menjadi bualan ramai di laman media sosial. Tambahan pula untuk musim ke-13 kali ini lebih istimewa apabila dibarisi oleh juara Akademi Fantasia. Jadi program ini tukar nama Gegar Vaganza Fantasia.

BACA JUGA : Senarai Peserta Gegar Vaganza Fantasia 2026

Sama seperti musim-musim lalu, GV Fantasia ini juga turut dilangsungkan di Auditorium MBSA yang terletak di Shah Alam. Jadi orang sekitar Lembang Klang terutamanya di Shah Alam berpeluang untuk datang menyaksikannya secara langsung.

Tapi bagi yang jauh, jangan risau anda masih lagi boleh menyaksikannya terus di kaca tv apabila ianya turut disiarkan menerusi saluran Astro Ria (CH104) dan Astro Go. Bagi yang tiada Astro, anda boleh strim secara online di Sooka.

Cumanya sebab kali ini lebih nostalgia, instead of menonton di kaca tv, ramai yang ingin datang ke Auditorium untuk saksikan secara lansgung. Mereka ingin menonton dan mendengar secara live di depan mata.

Dari sinilah timbul banyak persoalan, macam mana nak dapatkan tiket untuk menyaksikan Gegar Vaganza Fantasia ini? Adakah tiket ada dijual secara online ataupun ada dijual secara walk-in di Auditorium? Atau sebenarnya tiada tiket dijual?

Jadi macam mana nak dapatkan tiket masuk?

Cara Dapatkan Tiket Masuk Gegar Vaganza

Jika dilihat daripada kapasiti Auditorium MBSA ini, ianya tidak lah terlalu besar. Seperti yang dikongsikan, ianya hanya memuatkan sekitar 1,300 ke 1,400 orang sahaja dalam satu-satu masa. Jadi ianya terhad.

Mungkin daripada itu, secar amnya pihak pengurusan tidak menjual tiket secara terus kepada penonton yang ingin datang. Akan tetapi mereka masih boleh dapatkan tiket masuk untuk menonton Gegar Vaganza Fantasia menerusi giveaway yang dibuat oleh pelbagai pihak.

1) Tiket Eksklusif Daripada Astro Kepada Pelanggan Setia

Cara pertama untuk anda dapatkan tiket masuk ini adalah menerusi aplikasi My Astro dan ianya khusus untuk pelanggan Astro yang setia. Ini bermakna, anda mesti mempunyai akaun Astro untuk melayakkan anda dapatkan tiket ini.

Tiket ini diberikan kepada 15 pemenang yang terawal dan yang bertuah. Setiap daripada pemenang tersebut akan mendapat 2 keping tiket. Pemenang akan dihubungi melalui telefon atau Whatsapp anda anda boleh tebus tiket ini di MBSA pada hari kejadian.

Caranya mudah sahaja, buka aplikasi My Astro dan pergi pada bahagian Rewards. Seterusnya cari ‘Gegar Vaganza Fantasia’ dan kemudian klik pada butang Tebus Sekarang. Masukkan butiran yang diperlukan dan submit. Sekiranya berjaya anda akan dihubungi oleh pihak Astro.

cara dapatkan tiket gegar vaganza fantasia astro

Giveaway ini akan berlangsung setiap minggu. Jadi anda kena cepat merebut peluang ini sejurus selepas tawaran ini dibuka. Jadi rajin-rajin lah buka apps My Astro

2) GMW Giveaway Di Astro Gempak

Untuk yang tiada Astro, jangan risau. Anda masih boleh dapatkan tiket masuk untuk menyaksikan Gegar Vaganza Fantasia iaitu dengan menyertai GMW Giveaway daripada Astro Gempak iaitu secara online.

Jadi caranya mudah sahaja, anda boleh pergi ke https://gempak.com/giveaway/ dan cari ‘Gegar Vaganza Fantasia’ dan kemudian klik pada butang Sertai Sekarang. Seterusnya anda perlu jawab soalan mudah yang diberikan.

cara dapatkan tiket gegar vaganza fantasia astro gempak

Menerusi giveaway ini, Astro Gempak belanja 2 keping tiket. Hadiah percuma ini dilangsungkan setiap minggu dan tempoh peraduan tersebut juga adalah berbeza-beza. Jadi anda kena alert dengan tarikh mula dan tarikh tutup.

Untuk Minggu 3, anda boleh sertai giveaway DISINI

3) Tiket Percuma Daripada Radio ERA

Radio ERA merupakan radio rasmi untuk Gegar Vaganza Fantasia. Jadi dalam yang sama, mereka juga akan belanja penonton tiket masuk yang mana anda boleh dapatkan secara percuma. Nak ke tak nak?

Caranya mudah sahaja, anda pergi ke https://era.je/contest/era-2026-gegar-vaganza-fantasia dan kemudian lengkapkan slogan kreatif pada ruang yang disediakan. Seterusnya lengkapkan maklumat diri dan hantar. Mudah sahaja.

cara dapatkan tiket gegar vaganza fantasia radio era

Dengan ini, anda perluang untuk dapatkan sepasang tiket eksklusif (2x keping) untuk menonton konsert GV Fantasia yang dilangsung pada setiap hari Ahad. Biasa tengok di tv, sekarang anda berpeluang tonton depan-depan.

4) Cuba Secara Walk-in

Secara rasminya, pihak penganjur memang tak jual tiket masuk. Untuk penonton biasa, anda memang kena cuba dapatkan menerusi giveaway yang dibuat. Akan tetapi anda boleh cuba walk-in, tetapi ikut nasib.

Seperti yang dikongsikan pengguna thread @lindalazim di post asal @shafiqqrosli yang mengatakan, penonton boleh dapatkan tiket masuk di Auditorium MBSA dengar berjumpa pihak pengurusan yang ada disana.

cara dapatkan tiket gegar vaganza fantasia secara walk-in

Katanya, kebiasaan akan ada kuota lebihan untuk penonton biasa, tetapi ianya bergantung kepada kekosongan kapasiti dewan. Mungkin hanya dibenarkan bila semua jemputan khas dah masuk. Ada kosong, barulah boleh masuk.

Jadi bagi yang bertanyakan macam mana nak dapatkan tiket masuk GV Fantasia. Inilah cara-caranya yang ada. Memang tidak ada dijual secara online ataupun di auditorium. Kena join giveaway kalau nak tengok Gegar Vaganza Fantasia secara live.

3 thoughts on “Cara Dapatkan Tiket Gegar Vaganza Fantasia – Ada Jual Ke Tiket?”

Leave a Reply