Sekarang sudah masuk minggu 3 untuk program Gegar Vaganza Fantasia. Jadi penonton dan peminat GV pastinya nak tahu senarai lagu yang akan disampaikan pada minggu ini. Dapat lagu best boleh sing along masa konsert nanti.
Minggu ketiga ini sebenarnya mungkin permulaan untuk GV Fantasia. Manakan tidak, kini kita semua telah tahu 4 peserta baru yang baru di GVUndi Masuk pada minggu lepas dan menjadikan keseluruhan 13 peserta.
Maka dengan itu, lagi ramai lagi meriah. Jika dulu ada 9 sahaja fan club, kini sudah jadi 13 fan club yang ada bagi setiap peserta GV Fantasia. Tambahan lagi, kali ini juga ada pasangan suami isteri yang akan bersaing di pentas yang sama iaitu Stacy dan Akim.
BACA JUGA : Senarai Fan Club Peserta Gegar Vaganza Fantasia 2026

Akim, Farah, Ara dan Felix menjadi 4 peserta baru yang terpilih daripada 25 calon peserta menerusi undian online yang dibuat sebelum ini. Mereka berempat mendapat undian tertinggi sekali gus diserap dan menjadi peserta GV Fantasia.
Senarai Lagu Bagi Peserta Gegar Vaganza Fantasia Minggu 3
Jadi sebelum itu, kita recap kembali apa yang terjadi pada minggu ke-2 sebelum ini. Pada awal rancangan Mawi menjadi peserta pertama memenangi Anugerah Glam Alha Alfa sekali gus membawa pulang RM2,000.
Seterusnya ketika sebelum bermula segmen #AdaLaguAdaLagi, Stacy sekali lagi mengungguli carta bagi GVUndi yang mewakili 10% dan sekali gus memenangi Anugerah Bintang Paling Power CelcomDigi sekali gus memenangis wang tunai RM2,000.
Sama seperti pada minggu pertama dan kedua dimana tiada penyingkiran dibuat. Jadi kesemua 9 peserta sedia ada bersama 4 peserta baru akan terus berada di pentas utama dan membuat persembahan.
BACA JUGA : Cara GVUndi Peserta GV Fantasia Secara Online
Seperti biasa, selain daripada peserta, hos juga dapat lagu yang akan dipersembahkan nanti. Jadi untuk minggu 3 ini Nabil, Jihan dan Sherry akan bawakan lagu Blues Terengganu Kita nyanyian asal kumpulan IKLIM.
Dengan tema ‘AF Re-Do’, barisan peserta akan menyanyikan semula lagu yang pernah dibawa ketika Akademi Fantasia dan memberikan atau memperbaiki kekurangan yang telah berlaku sebelum ini menjadi lebih baik pada konsert nanti.
| Peserta | Lagu |
|---|---|
| Stacy | Makhluk Tuhan Paling Seksi (Mulan Jameela) |
| Mawi | Intifada (Rabbani) |
| Firman | Gerhana Cinta Luka (IKLIM) |
| Zahid | Biarlah Bulan Bicara (Broery Marantika) |
| Mila | Aku Takkan Bersuara (Nike Ardilla) |
| Vince | Bunyi Gitar (Tan Sri P. Ramlee) |
| Faizul | Hilang Naluri (Once Mekel) |
| Faizal | Smells Like Teen Spirit (Nirvana) |
| Shahir | Andalusia (M. Nasir) |
| Akim | Bengang (Akim Ahmad) |
| Farah | Tangisan Dalam Kerinduan (Farah Anuar) |
| Felix | Warga Berlagu Pilu (Felix Agus) |
| Ara | Warga Untukku (Ara Johari) |
Berbeza dengan 9 peserta sedia ada membawa lagu mengikut tema ‘AF Re-do’, untuk peserta baru, mereka akan bawakan lagu sendiri sama seperti peserta lain pada minggu pertama sebelum ini.
Sejarah Lagu Yang Dibawakan Peserta GV Fantasia
Stacy pernah bawakan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi pada minggu kelima ketika AF6. Mawi di AF3 pernah bawakan lagu Intifada nyanyian Rabbani pada minggu prelude iaitu sebelum berjaya diserap masuk.
Firman dengan lagu Gerhana Cinta Luka pernah dibawakan beliau dalam AF2014 iaitu pada minggu kedua. Minggu ke-10 merupakan waktu yang dibawakan oleh Zahid bagi lagu Biarlah Bulan Bicara.
Seterusnya lagu Aku Takkan Bersuara daripada Mila pernah dibawa beliau pada minggu ke-8 ketika AF5. Vince pernah bawakan lagu Tan Sri P. Ramlee iaitu Bunyi Gitar pada minggu 5 dalam AF1.
Pada minggu separuh akhir, Faizul pernah bawakan lagu Hilang Naluri ini ketika AF2013. Manakala minggu 8 di AF4, Faizal akan membawakan kembali lagu igauannya sendiri iaitu Smell Like Teen Spirit nyanyian asal Nirvana.
Shahir pernah bawakan lagu Andalusia nyanyian asal Dato’ M. Nasir ketika konsert Tirai AF8 sebelum ini. Jadi pada konsert minggu 3, kesemua pemain akan berikan versi yang lebih baik daripada sebelum ini di konsert Gegar Vaganza Fantasia.
1 thought on “Senarai Lagu Peserta Gegar Vaganza Fantasia Minggu 3”