Adakah AJL40 akan berlangsung pada Ogos Ini?

Patutlah rasa macam tak lengkap awal tahun kali ni sebab AJL tiada dilangsungkan. Kebiasaanya setiap tahun pada Januari dah macam-macam kita tengok promosi untuk anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu. Tapi kali ini tiada.

Dalam masa sama orang ramai pun terntanya-tanya untuk edisi ke-40 iaitu AJL40 kali ini ada tidak sebenarnya? Ada masalah bajet ke? Atau dah tiada sambutan? Sedangkan setiap tahun rasanya meriah je lagi AJL ni kan.

Macam tahun-tahun sudah, Anugerah Juara Lagu pastinya akan berlangsung sekitar Februari atau Mac pada setiap tahun. Tahun 2025, AJL39 dilangsungkan pada Februari. Edisi 2024 untuk AJL38 dilangsungkan lewat sebulan iaitu pada bulan Mac dan seterusnya.

Ini dah masa Januari, kita masih belum tahu adakah AJL akan dilangsungkan pada tahun ini? Tiada sebarang promosi yang dikeluarkan. Bukan itu sahaja, sebenarnya separuh akhir Anugerah Juara Lagu pun masih belum dilangsungkan.

Kita sebagai peminat muzik tempatan tak tahu pun lagi 30 lagu yang layak untuk bertanding di peringkat semi final. Selepas pertandingan ini, barulah kita akan ketahui 12 lagu yang layak ke pentas Anugerah Juara Lagu yang sebenar.

Anugerah Juara Lagu (AJL)

Anugerah Juara Lagu merupakan acara bagi mengangkat karya muzik Malaysia yang dimainkan sepanjang tahun. Lagu terbaik akan bergelar sebagai juara Anugerah Juara Lagu pada tahun tersebut. Inilah antara anugerah berprestij bagi setiap pengkarya dalam industri muzik tanah air.

Tahun 2026 menandakan AJL kini sudah memasuki 4 dekad setelah kali pertama diadakan pada tahun 1986. Sejak itu, tidak pernah sekali pun acara ini tidak diadakan. Setiap tahun kita akan dapat lihat satu lagu yang dinobatkan sebagai juara.

Sebelum memasuki peringkat akhir AJL, kebiasaanya sebanyak 30 buah lagu akan bersaing di peringkat separuh akhir (Semi Final Muzik-Muzik) bagi merebut 12 slot yang disediakan. Penyanyi terutamanya sudah pasti akan berbangga sekiranya lagu mereka berjaya ke peringkat akhir.

Tapi AJL40 Ini Adakah Akan Diadakan Sebenarnya?

Jika anda buka media sosial terutamanya Threads, ramai yang tertanya-tanya ada ke tidak sebenarnya AJL40 kali ini? Sebab nak kata diadakan pada Februari atau Mac ni, macam dah lambat. Separuh Akhir pun tak berlangsung lagi.

Akan tetapi satu perkongsian daripada akaun @bil_tap menjawab segala persoalan yang timbul. Menerusi post yang dibuat, dia mengatakan AJL40 kali ini tetap akan berlangsung, cumanya selepas Hari Raya Aidilfitri.

Ya, jika dilihat pada tahun ini, Hari Raya jatuh lebih awal iaitu pada bulan Mac. Bukan itu sahaja, Tahun Baru Cina pula jatuh pada bulan Februari. Perayaan tahun ini datang lebih awal, jadi ianya menjadi keutamaan kepada pihak penyiaran terutamanya TV3.

Dalam tempoh inilah, TV3 nak kena buat kempen CNY di kaca tv dan media sosial. Kemudian lebih habis CNY, ada Ramadan dan selepas itu pula Hari Raya. Jadi sepertinya AJL tidak diberikan keutamaan terlebih dahulu.

Ditambah pula dengan perkongsian daripada akaun @kean.ruzaini yang mengatakan Anugerah Juara Lagu ke-40 akan bermula pada bulan April iaitu bagi peringkat separuh akhir (SFMM). Kemudian diikuti malam kemuncak AJL40 pada bulan Ogos.

AJL40 tetap diadakan

Bagi menghormati perayaan, tahun ini AJL terpaksa di tunda lebih lewat pada yang biasa. Mungkin tahun yang akan datang selepas ini, waktu ini juga AJL akan diadakan. Ramadan dan Hari Raya pada tahun hadapan pun akan berlangsung sekitar Februari-Mac. Jadi tak sesuai nak buat AJL pada awal tahun.

Semoga AJL Akan Tetap Terus Diadakan

Leave a Reply