Jual Balik Emas Public Gold Ambil Masa 24 Jam Sahaja

Selepas dah lama aku menyimpan gold, aku buat keputusan untuk jual balik emas Public Gold aku. Tak sangka juga, selepas jual, duit boleh masuk dalam akaun bank dalam masa 24 jam sahaja. Cepat, pantas dan mudah.

Sebelum ini aku ada share dimana harga emas Public Gold terutamanya sudah naik kepada RM700/g. Naik yang begitu mendadak dalam beberapa hari. Akan tetapi waktu ini, harga jual balik emas tidaklah sampai ke nilai tersebut iaitu sekitar RM680/g sahaja.

Tetapi hari ini pada 29 Januari 2026, nilai tersebut telah capai dimana harga jual balik emas Public Gold sudah menjangkau RM700/g. Dalam masa yang sama juga harga emas pasaran duni terus melonjak termasuk harga yang ditawarkan oleh PG.

BACA JUGA : Harga Emas Public Gold Cecah Paling Tinggi Sehingga RM700/g

Bayangkan jika anda pernah beli nilai emas ketika RM100, RM200 dan seterusnya. Kini jika anda jual balik, harga sudah mencapai RM700. Kadar kenaikkan yang sangat mendadak.

Yes, aku pernah beli emas Public Gold pada harga RM200/g. Dengan nilai tersebut, jika aku jual, kadar kenaikkan adalah sebanyak 250%. Jadi boleh tengok semula, berapa gram pernah beli? Ada beli jongkong emas? Ada beli sampai 1kg emas?

Disebabkan nilai-nilai inilah aku rasa mungkin inilah masa yang sesuai untuk aku jual balik emas yang aku pernah beli sebelum ini. Bila lagi kan nak merasa duit hasil daripada ‘lombong emas’. Mungkin inilah masa yang sesuai.

Emas Digital Daripada Akaun GAP Public Gold

Tapi aku bukan jual semua. Aku jual 1g sahaja iaitu menerusi akaun GAP. Menerusi akaun ini, anda boleh simpan gold atau emas secara digital. Jadi anda tak perlu risau sekiranya emas tersebut hilang atau dicuri. Semua tersimpan selamat secara online.

Disebabkan ianya berbentuk digital, aku boleh jual emas yang ada dalam akaun GAP ini juga secara online. Boleh beli online, boleh jual online. Jadi tak perlu pergi ke cawangan Public Gold untuk tebus tunai. Boleh buat sendiri sahaja dirumah.

Untuk akaun GAP Public Gold, segala urusan jual beli boleh menggunakan aplikasi Public Gold. Ianya tersedia dan boleh dimuat-turun daripada App Store mahupun Play Store. Pastikan anda mempunyai akaun Public Gold sahaja dan anda sedia untuk menggunakan segala perkhidmatan yang disediakan.

BACA JUGA : Cara Daftar Akaun Public Gold Dan Buka Akaun GAP Bagi Emas Digital

Cara Jual Emas Public Gold Bagi Akaun GAP

Untuk jongkong emas Public Gold, sekiranya anda ingin jual balik, anda perlu datang ke mana-mana cawangan Public Gold yang kini sudah ada di seluruh Malaysia. Anda perlu berurusan di kaunter secara manual.

Akan tetapi untuk akaun GAP iaitu emas digital, anda boleh berurusan secara online sahaja iaitu dengan menggunakan aplikasi Public Gold. Dengan beberapa langkah, urusan jual balik emas Public Gold anda selesai. Ikuti langkah dibawah :

  1. Buka aplikasi dan login akaun GAP anda menggunakan PG Code dan password
  2. Pada halaman utama, klik butang Sell
  3. Anda boleh masukkan Buyback Amount (RM) atau Buyback Qty (gram)
    • Nak jual 1gram emas, masukkan pada kotak Buyback Qty. Nanti akan terpapar jumlah RM yang diperoleh
  4. Masukkan maklumat Bank Account dengan klik pada Select Bank. Anda boleh menggunakan akaun bank seperti Maybank, Bank Islam, BSN, Bank Rakyat, CIMB dan sebagainya
  5. Jika sudah, anda klik pada Request TAC. Anda akan peroleh 6-digit nombor pada whatsapp
  6. Akhir sekali klik Place Buyback
  7. Selesai

Daripada aplikasi PG ini juga, anda boleh beli emas digital dan emas fizikal. Daripada emas fizikal, anda boleh pilih mana-mana produk yang disediakan mengikut berat yang telah ditetapkan seperti 1g, 1 dinar, 5g, 10g, 500g dan sebagainya.

Tempoh Duit Masuk Ke Dalam Akaun Bank

Untuk proses jual balik, tempoh untuk duit masuk atau duit dikreditkan ke dalam akaun bank adalah dalam tempoh 1-2 hari bekerja. Ya, duit tidak akan masuk terus. Mereka akan proses terlebih dahulu dan kemudian baru akan dilepaskan jumlah bayaran.

Tapi dalam pengalaman sendiri, aku jual 1g emas public gold pada 21 Januari 2026 pada sekitar pukul 4.00 petang. Duit dikreditkan kedalam akaun Maybank pada 22 Januari 2026 iaitu sekitar pukul 7.00 malam. Dalam tempoh 24 jam duit dah masuk lepas aku jual emas PG. Mudah sangat!

Mungkin ada yang sudah beli emas dengan akaun GAP, tapi ragu-ragu untuk jual balik, jangan risau! Semuanya selamat. Atau mungkin anda masih tiada lagi akaun PG, boleh la daftar sekarang. Emas pun tengah naik tu kan.

Leave a Reply