Apa Itu SERVICE TAX – PRINCIPAL Kad Kredit Maybank Ni? Tiba-Tiba Tolak Duit

Aku baru je dapat kad kredit Maybank dalam sebulan, tiba-tiba ada ternampak transaksi bayaran dibuat untuk ‘Credit Card’ sebanyak RM25.00. Maklumat yang dipaparkan adalah Service Tax – Principal. Bayaran apa ni?

Aku tahu Kad Kredit Mastercard Ikhwan ni annual fee dia free dan tiada bayaran. Jadi setiap tahun aku boleh guna secara percuma tanpa menghiraukan caj tambahan daripada kad kredit yang aku ada ni. Tapi kenapa tiba-tiba ada kena bayar?

BACA JUGA : Apa Maksud Pembayaran ‘Bangsar South MY’ Guna Kad Kredit?

Kalaupun ianya annual fee seperti yang diberitahu, takkan ianya dicaj dalam tempoh yang singkat hanya selepas lebih kurang sebulan aku dapat credit card ni. Jadi nak tahu terus transaksi apa tu, aku hubungi pihak Maybank menerusi aplikasi X (dulunya Twitter) dan tanyakan apa itu Service Tax untuk Kad Kredit Maybank?

Maksud SERVICE TAX – PRINCIPAL Kad Kredit Maybank

Kerjanya pantas, dalam 5 minit sahaja aku dah tahu jawapan.

maksud service tax kad kredit maybank

Sebenarnya ‘Service Tax – Principal’ untuk kad kredit Maybank ni bukanlah annual fee kad kredit kerana untuk isu aku ni ternyata tiada bayaran tahunan. Tetapi perkara tersebut adalah merujuk kepada cukai perkhidmatan (SST) yang mana dikenakan terhadap kad kredit secara tahunan.

Walaupun kad kredit anda tersebut tiada bayaran untuk ‘annual fee’, anda tetap perlu bayar untuk Service Tax iaitu SST setiap tahun sebanyak RM25.00. Sekiranya kad kredit anda ada annual fee, jadi setiap tahun, anda kena bayar SST dan annual fee la. Tapi kad kredit aku ni tiada yuran tahunan tersebut.

kad kredit kena bayar service tax sst rm25

Sebenarnya kalau baca secara imbas di website Maybank, tiada pun info tentang Service Tax tahunan ini. Mungkin ada pada bahagian ‘Other Information’.

Tapi sekiranya anda rujuk laman web RinggitPlus, dia memang ada bagi tahu tentang segala caj atau fees yang dikenakan bagi setiap kad kredit yang dimohon Service Tax ini. Pada website ini lebih details penerangannya.

Jadi sekiranya anda ingin mohon apa-apa kad kredit daripada mana-mana bank pun, lebih baik adalah mohon menerusi RinggitPlus di https://ringgitplus.com/en/credit-card/. Disini juga anda boleh apply Maybank Mastercard Ikhwan juga.

Untuk info, semua kad kredit akan dikenakan service tax ini sebanyak RM25.00 setahun. Katanya kalau RHB Bank boleh waive. Adakah bank lain termasuk Maybank, caj SST ini boleh waive juga? Ada siapa pernah buat?

Leave a Reply