Anda pernah tiba-tiba tengok transaction akaun bank dan nampak ada payment guna nama ‘Delivery Hero Malaysia‘ sama ada dari akaun kad debit atau kad kredit? Kalau ada, anda tahu tak payment tu dari mana?
Zaman moden sekarang kita sangat perlu berhati-hati terutamanya melibatkan tentang maklumat diri dan akaun bank. Jika tersilap langkah sikit, mungkin kita akan terdedah dengan scammer atau lebih terus akaun bank kita pun duit kena curi.
BACA JUGA : Kenapa Ada Pembayaran Dibuat Atas Nama ‘Bangsar South MY’? Apa Maksudnya?
Jadi jika anda ada kad debit atau kad kredit, jangan sesekali dedahkan kepada umum terutamanya bahagian nombor pada kad tersebut. Kemudian jika perbankan online, kalau bole jangan sync, bind atau sambungkan ke mana-mana aplikasi. Biar je kosong.
Jika tidak nanti, mungkin boleh berlaku tiba-tiba ada transaksi yang tidak dikenal pasti atau ada pembayaran yang dibuat tanpa pengetahuan anda pun. Kadang-kadang dia tulis atas pembayaran untuk apa pun kita tak tahu.
Sebagai contoh, akan ada satu masa mungkin akan anda terjumpa pembayaran atas nama ‘Delivery Hero Malaysia’ dari akaun bank anda tapi anda tahu ianya bayaran untuk apa? Atas delivery? Tapi anda takda order Grab, Foodpanda atau ShopeeFood. Jadi bayaran apa tu?
Maksud Pembayaran Atau Payment ‘Delivery Hero Malaysia’
Jangan risau, sebenarnya pembayaran atas nama ‘Delivery Hero Malaysia’ ini bukanlah syarikat scammer atau anda kena scam atau kena tipu, tetapi sebenarnya ianya pembayaran berkaitan FoodPanda.

Ianya adalah merupakan pembayaran FoodPanda Pro. Sekiranya anda langgan secara bulanan atau tahunan, anda perlu bayar. Jadi sekiranya pembayaran tersebut dibuat menggunakan kad debit atau kad kredit, maka akan tertulis Delivery Hero Malaysia.
Anda mungkin keliru kerana FoodPanda Pro ditawarkan trial 30-hari untuk setiap pelanggan. Jadi ketika itu tidak perlu bayar. Kemudian anda lupa untuk cancel autosubscribe dan bila sampai waktu, ianya akan tolak duit anda secara automatik.
DAFTAR SINI : Akaun FoodPanda DISINI Dan Dapatkan FoodPanda Pro Percuma Selama Sebulan
Jadi kalau ada keluar payment tersebut dalam akaun bank anda, janganlah terkejut. Cumanya and terpaksa bayar dan ianya tak boleh refund. Jadi anda kena guna sehingga habis tempoh dan boleh terus untuk cancel autosubsribe tersebut
Cara Cancel Autosubscribe FoodPanda Pro
Mungkin ada yang tengah menyesal, anda boleh tengok sini caranya untuk cancel autosubscribe FoodPanda Pro :
- Buka aplikasi FoodPanda dan login seperti biasa dan pergi bahagian Account
- Klik Subscription
- Seterusnya scroll sampai kebawah dan klik Manage Subcription
- Disini akan dipaparkan info tentang plan FoodPanda Pro anda. Pergi pada bahagian bawah sekali dan klik I Would Like To Unsubscribe dan sekali lagi klik Unsubscribe. Klik pula Proceed with Unsubscribing. Klik Skip dan selesai

Sudah berjaya. Biasanya FoodPanda akan menawarkan 30% diskaun sekiranya anda resubcribe semula. Terpulang kepada anda. Cumanya sekarang anda dah tersubcribe, jadi akan dipaparkan bila plan ini akan tamat. Tapi jangan risau, lepas ni tiada dah pembayaran dibuat secara automatik.
Pengalaman Lupa Cancel Auto Subscribe FoodPanda Pro
Pada awalnya aku pun terkejut bila dapat notification yang menunjukkan aku ada buat pembayaran menggunakan kad kredit Maybank sebanyak RM6.90 dan ketika itu atas nama Delivery Hero Malaysia SdKL My. Ah sudah kena scam lagi ke?
BACA JUGA : Apa Itu SERVICE TAX – PRINCIPAL Kad Kredit Maybank Ni?
Jadi aku cuba untuk ‘google search’ dan ada jumpa nama tersebut yang sememangnya memberitahu pembayaran dibuat untuk FoodPanda Pro. Jadi aku tengok akaun Foodpanda aku dan memang terpapar ada pembayaran dibuat untuk akaun Pro.
Lepas dah tahu lega la sebab bukan kena scam atau ada yang guna kad kredit aku, tapi cuma terlupa cancel auto subscribe sahaja. Padahal dah rasa macam tak perlu pun akaun Pro. Jadi macam rasa rugi lah. Kemudian terus cancel dan gunalah untuk sebulan ini.