Cuti Umum Kelantan 2027 – Kelantan merupakan antara salah satu negeri Pantai Timur selain daripada Terengganu dan Pahang. Antara negeri yang menarik untuk dilawati sama ada untuk percutian atau food hunting.
BACA JUGA : Senarai Cuti Umum Negeri Pahang Tahun 2027
Selain itu, Kelantan juga antara negeri di Malaysia yang mempunyai cuti mingguan yang berlainan dengan lain disamping Kedah dan Terengganu. Kesemua negeri ini akan bercuti hari minggu pada Jumaat dan Sabtu. Bukan pada Sabtu dan Ahad seperti negeri-negeri lain.
Jadi untuk anda yang mungkin ingin bercuti atau datang ke Kelantan khususnya, anda mesti tahu hari-hari penting tersebut. Bukan itu sahaja, sebenarnya negeri yang terkenal dengan jolokan Cik Siti Wan Kembang ini juga mempunyai cuti umum khas berbeza dengan negeri-negeri lain.
Yang paling unik, Kelantan merupakan satu-satuanya negeri yang menyambut Hari Keputeraan Raja iaitu Sultan Kelantan selama 2 hari. Jadi waktu ini, penduduk negeri Kelantan akan bercuti selama 2 hari.
Nak tahu tarikh keseluruhan cuti umum bagi negeri Kelantan sepanjang tahun 2027, anda boleh tengok senarai dibawah.
Senarai Tarikh Cuti Umum Kelantan Tahun 2027
| Tarikh | Hari | Cuti Umum |
|---|---|---|
| 6 Feb | Sabtu | Tahun Baharu Cina |
| 7 Feb | Ahad | Tahun Baharu Cina (Hari Ke-2) |
| 24 Feb | Rabu | Hari Nuzul Al-Quran |
| 10 Mac | Rabu | Hari Raya Aidilfitri |
| 11 Mac | Khamis | Hari Raya Aidilfitri (Hari Ke-2) |
| 1 Mei | Sabtu | Hari Pekerja |
| 16 Mei | Ahad | Hari Arafah |
| 17 Mei | Isnin | Hari Raya Aidiladha |
| 18 Mei | Selasa | Hari Raya Aidiladha (Hari Ke-2) |
| 20 Mei | Khamis | Hari Wesak |
| 6 Jun | Ahad | Awal Muharram |
| 7 Jun | Isnin | Hari Keputeraan Rasmi YDPA |
| 15 Ogos | Ahad | Maulidur Rasul |
| 31 Ogos | Selasa | Hari Kebangsaan/Merdeka |
| 16 Sep | Khamis | Hari Malaysia |
| 29 Sep | Rabu | Hari Keputeraan Sultan Kelantan |
| 30 Sep | Khamis | Hari Keputeraan Sultan Kelantan |
| 28 Okt | Khamis | Hari Deepavali |
| 25 Dis | Sabtu | Hari Krismas |
Untuk cuti umum atau Hari Kelepasan AM Persekutuan, Kelantan sama seperti negeri-negeri lain dimana terdapat 14 hari bercuti. Manakala untuk cuti khas atau Hari Kelepasan AM Negeri, Kelantan mempunyai 5 hari bercuti (ditanda BOLD). Jadi keseluruhan cuti umum Kelantan adalah selama 19 hari.
Perbezaan sehari berbanding negeri-negeri lain di Malaysia dimana rata-rata cuti umum dan cuti khas adalah selama 18 hari. Diharap rakyat Kelantan menggunakan waktu-waktu terluang ini dengan bermanfaat.
Sumber : https://www.kabinet.gov.my/