Review Aiskrim Matcha Strawberry Cornetto Terbaru

Sekarang kan trending gabungan pink-hijau atau matcha+strawberi daripada segi semua aspek. Disebabkan itu, Cornetto juga tidak ketinggalan apabila memperkenalkan aiskrim Matcha Strawberry terbaru.

Diperkenalkan sejak September 2026 dan kini sudah berada di pasaran dan dijual di kedai-kedai seluruh Malaysia. Kalau sebelum ni Cornetto ada memperkenalkan perisa unik iaitu Unicornetto dan kini ada Matcha Strawberry pula.

Aiskrim kon merupakan antara produk terlaris daripada Cornetto. Perisa utama pastinya coklat dan vanila yang menjadi pilihan ramai untuk nikmati sesuatu yang sejuk dikala cuaca panas. Jadi aiskrim menjadi tarikan untuk dicuba.

Jadi macam mana rasa perisa terbaru aiskrim Matcha Strawberry daripada Cornetto ni? Sedap ke? Adakah rasanya balance untuk kedua-dua gabungan perisa tersebut?

Review Aiskim Matcha Strawberry Cornetto

Aisrkim terbaru Matcha Strawberry daripada Cornetto ini anda boleh mula dapatkan dimana-mana kedai berhampiran dengan anda. Kalau susah sangat, anda boleh pergi ke 99speedmart, mereka ada menjualnya dengan tanda harga RM3.50 sahaja untuk 1 biji.

Selain daripada campuran atau mix perisa Matcha dan Strawberry, pada bahagian atas aiskrim diletakkan bebola cereal yang pastinya boleh dimakan. Luaran cantik lah, campuran warna hijau dan merah jambut atau pin.

aiskrim matcha strawberry cornetto

Sesuai dengan tema yang dibawa ‘Deliciously creamy & crunchy’. Anda dapat aiskrim dengan rasa krim yang mana ianya sangat lembut dan juga rangup untuk biskut kon dan bebola cereal. Aiskrim perisa vanila atau coklat dia kurang krim dan tekstur lebih padat.

Meskipun aiskrim ini gabungan 2 perasa, tetapi untuk aku ianya lebih kuar kepada rasa strawberi berbanding matcha. Jika anda nikmati kedua-dua perisa ini serentak, memang rasa strawberi akan lebih kuat. Kurang rasa matcha nya.

Overall sebenarnya aku kurang minat sikit kerana askrimnya dalam bentuk krim, jadi cepat cair dan juga rasa tidak balance. Kuat kepada 1 perisa sahaja. Kalau nak rate, aku boleh bagi 6/10 sahaja. Beli aiskrim coklat atau vanila daripada Cornetto ini lebih memuaskan.

matcha strawberry cornetto

Jadi anda dah cuba aiskrim terbaru Matcha Strawberry daripada Cornetto ini?

1 thought on “Review Aiskrim Matcha Strawberry Cornetto Terbaru”

Leave a Reply