Makan Buffet RM10 Di Temerloh Untuk Unlimited Refill Di Warong Bedoh

Tak sangat rupanya ada makanan buffet RM10 di Temerloh. Maksudnya anda boleh makan tanpa had dengan sekali bayar sahaja. Ya, anda boleh datang di Warong Bedoh yang mana aku rasa buffet lunch pertama di Temerloh.

Buffet dengan bayaran satu harga ni mungkin tidak asing seperti di Kuala Lumpur. Tapi aku rasa di Temerloh ni mungkin belum pernah buat lagi. Kalau ada pun masa bulan puasa sahaja iaitu ketika waktu berbuka. Ada buffet Ramadan dengan satu bayaran.

Tapi untuk buffet ketika makan tengah hari, Warong Bedoh antara pelopor utama. Dengan hanya RM10 anda boleh makan macam-macam tanpa hiraukan harga. Kalau anda biasa makan tengah hari lebih RM10 sekali, mungkin tempat ini sesuai untuk anda.

Warong Bedoh

Aku pada mulanya tak tahupun kewujudan buffet RM10 di Temerloh ni, tapi ayah aku ada rekomen kedai ni. Jadi bila member tanya nak makan mana, kebetulan teringat buffet ni, ajak terus ke sinilah. Jadi ini juga kali pertama aku datang sini.

Rupanya Warong Bedah ni dah start lama, cuma style buffet RM10 ni baru bermula dan viral. Kalau tengok daripada posting di akaun Tiktok Warong Bedoh, akhir bulan Disember 2025 mereka mula perkenalkan. Jadi kira baru juga lah buffet RM10 di Temerloh ni.

Harga ditetapkan RM10 untuk sekepala. Harga kanak-kanak pun sama. Dengan satu bayaran tersebut, anda boleh makan sepuasnya, yang penting jangan membazir. Dalam rules dia pun ada tulis, boleh makan unlimited refill, tapi kalau tak habis, akan dicaj. Jadi ambil yang nak sahaja.

Lokasi Warong Bedoh adalah bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Temerloh atau berhadapan dengan Esplanade 2. Lepas makan, boleh la santai kat tepi sungai kejab. Kedai ada 2 pintu, jadi besar dan bilangan meja pun banyak. Tak perlu risau.

Makanan Disediakan Di Warong Bedoh Menerusi Buffet RM10 Di Temerloh Untuk Makan Tengah Hari

Disebabkan ianya fokus untuk makanan tengah hari, jadi ianya mula beroperasi pada pukul 12.00 tengah hari dan sehingga habis atau sekitar jam 4.00 petang. Malam tiada tau. Semua adalah lauk kampung, persih macam rembayung lah. Tiada lauk pelik-pelik, jangan risau.

Aku tengok memang lebih 10 jenis lauk yang disediakan. Ada lauk ikan keli, ikan masak cili, ikan bakar, ayam merah, ayam masa lemak, ayam kicap, telur mata, pelbagai jenis sayuran dan ulam. Bukan itu sahaja, ikan patin dan ketam pun ada.

Lauk Buffet RM10 Di Temerloh

Kalau dah makan utama, tidak lengkaplah kalau tiada pencuci mulut kan. Disini Warong Bedah ni pun ada. Ada donut, kek, kuih apam ayu, apam kelapa dan mee kari pun ada. Manakala untuk air minuman ada air oren, sirap dan air kosong.

Buffet RM10 Di Temerloh Makan Desert

Dengan RM10 sahaja, anda boleh makan semua ini tanpa had. Nak tambah pun boleh, tapi tak boleh bungkus bawa balik rumah. Semua kena dine-in. Kat mana lagi nak datang kalau di Temerloh ini, selain di Warong Bedoh sahaja.

Selain dine-in, sebenarnya anda boleh take-away juga. Harga masih RM10 untuk sekepala, tapi terhad untuk satu politrin sahaja. Kang risau orang bungku banyak-banyak, jadi ianya terhad untuk pastikan polistrin tersebut boleh ditutup atau diikat getah. Sekali percuma 1 ari.

Sangat Berbaloi Makan Di Warong Bedoh

Rasanya kalau tanya orang Temerloh ni, selain ikan patih, terkenal juga dengan harga makanan yang mahal. Orang kabo harga makanan di Temerloh ni dah sama tahap dengan Kuala Lumpur dah. Lagi-lagi kalau jenis makan lauk campur ni.

Kalau sekali makan waktu tengah hari, kadang ambik nasi, lauk 1 jenis, sayur 1 jenis dan air dah lebih RM10. Harga dah sama macam di bandar-bandar besar. Disebabkan itulah, rata-rata bagi tahu makan secara buffet dengan harga RM10 ni, orang tempatan kabo murah.

Restoren Warong Bedoh

Setiap lauk yang disediakan, semua cukup rasa. Dari segi saiz aku tengok memang kecil dan aku pasti itu tujuannya. Bagi mengelakkan pembaziran. Tapi kalau anda rasa tak cukup seekor dengan saiz ikan yang kecil, anda boleh ambil sekor lagi. Harga masih sama kan.

Rasanya buffet RM10 di Temerloh di Warong Bedoh ni sangat sesuai kalau anda memang lapar atau lepas penat bekerja diwaktu pagi. Jadi boleh singgah sini dan makan sepuasnya. Kemudian boleh sambung kerja selepas dapat tenaga balik kan.

Untuk orang Temerloh yang tak tahu lagi, aokme boleh datang ke Warong Bedoh. Datang sini bawa RM10 je setiap orang. Kalau datang 4 orang, bawa RM40. Lepas tu nak makan menda pun, makan lah. Yang penting jangan membazir.

Manakala untuk orang luar yang singgah di Temerloh, kalau rasa dah bosan nak makan ikan patin, tapi nak jimat, boleh juga datang sini. Jangan risau, orang luar pun sama je harga. Kita tak ikut kala cakak Temerloh, dapat muroh, idok la. Tiada kroni orang cakap.

Tapi jangan expect ikan patin kedai ni sama rasa macam ikan patin masak tempoyak kat kedai-kedai lain tu tau. Memang lain lah. Lauk lain banyak lagi sedap. Selamat mencuba.

Leave a Reply