Keluarkan Duit ASB Secara Online Hanya Ambil Masa 24 Jam Je

Tak sangka pula rupanya nak keluarkan duit ASB secara online ni tak ambil masa yang lama pun. Pernah mohon untuk pengeluaran dan duit masuk ke akaun bank dalam tempoh 24 jam sahaja. Sebenarnya agak pantas.

Pasti ramai yang dah familiar dengan produk utama ASNB iaitu ASB atau Amanah Saham Bumiputera. Ianya merupakan antara pelaburan ‘zero-risk’ yang hanya dibuka kepada bumiputera. Jadi disini setiap tahun boleh dapat pengagihan pendapatan aka dividen around 5.5% setiap tahun.

Setiap tahun, ASNB akan umumkan kadar dividen pada hujung Disember. Dengan pengumuman itu juga, pemegang unit akan dapat dividen dan dikreditkan kedalam akaun bank yang telah ditetapkan pada awal Januari bulan berikutnya.

Biasanya kalau awal tahun, orang cakap siapa yang ada ASB ni memang sedap la. Yela, dah dapat duit dividen kan. Sebagai contoh, pada tahun 2025 diumumkan kadar dividen 5.75%. Jadi siapa ada RM100,000 dalam ASB, akan dapat dividen sebanyak RM5750. Kira sedap la kan.

Dalam tempoh ini juga pastinya ramai yang terfikir nak keluarkan duit ASB tersebut atau tidak? Nak biarkan ianya compound atau ‘beranak’ dalam akaun atau nak keluarkan sikit untuk guna. Duit sendiri kan, bila lagi nak guna.

Jadi aku salah seorang yang ingin rasa duit dividen tersebut, jadi aku buat keputusan untuk keluarkan duit ASB. Sebab aku malas nak pergi ke kaunter ASNB, jadi aku buat secara online sahaja iaitu menggunakan aplikasi ASNB yang telah disediakan.

Syarat-Syarat Keluarkan Duit ASB Secara Online

Anda kena tahu, meskipun pengeluaran ASB secara online nampak lebih mudah, tapi sebenarnay ada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Antaranya, anda boleh keluarkan duit ASB sebanyak RM2,000 sahaja sebulan. Selain itu, jika anda mohon pengeluaran hari ini, ianya akan diproses dalam tempoh sehari sahaja.

Jadi sekiranya anda ingin keluarkan lebih RM2,000 sebulan, anda kena pergi kaunter. Keluarkanlah berapa yang anda nak. Jika dikaunter, tiada tempoh proses. Anda keluar hari ini, dalam masa 5 minit sahaja, anda terus dapat duit secara cash.

Tapi sebab aku malas nak pergi ke kaunter untuk beratur panjang. Susah-susah cari parking dan kepanasan semua. Jadi aku buat pengeluaran ASB secara online sahaja. Sangat mudah.

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online Menggunakan Aplikasi myASNB

Nak keluarkan duit ASB menggunakan myASNB ni pun tak susah, mudah sahaja, ikuti langkah dibawah :

  1. Login akaun myasnb anda menggunakan username dan password
  2. Pada halaman utama, klik Lagi dan pilih Pengeluaran
  3. Tekan pada Unit Amanah > Amanah Saham Bumiputera
  4. Tetapkan akaun bank anda
  5. Masukkan unit iaitu bersamaan dengan jumlah pengeluaran yang ingin dibuat
  6. Klik Seterusnya
  7. Selesai

Disebabkan cara pengeluaran ASB ini sangat mudah, pihak ASNB tetapkan lah supaya boleh keluarkan maksium RM2,000 sahaja sebulan. Bagi mengelakkan ditipu atau kena scam. Nak keluar banyak-banyak, kena pergi kaunter dan guna mykad sendiri.

Dah buat pemohonan ini, anda perlu tunggu sehingga duit tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda.

Tempoh Duit Dimasukkan Ke Dalam Akaun Bank Dari Akaun ASB

Seperti yang ditetapkan oleh pihak ASNB, bagi urusan online redemption atau pengeluaran secara online, tempoh untuk duit masuk ke dalam akaun bank adalah masa sehari sahaja iaitu hari berikutnya.

Tetapi sekiranya pengkreditan pembayaran tidak berjaya, unit atau duit tersebut akan dipulangkan kedalam akaun ASB dalam tempoh 10 hari bekerja. Seperti yang ditetapkan dalam FAQ Online Redemption.

Untuk pengalaman sendiri, mohon untuk keluarkan duit ASB pada pukul 2.43 petang hari Selasa, duit tersebut dikreditkan pada hari berikutnya iaitu hari Rabu ke dalam akaun Maybank pada pukul 2.00 petang. Tak sampai 24 jam pun duit dah masuk.

Ketika proses tiada berlaku secara apa-apa masalah. Semua smooth dan segala urusan berjalan lancar. Ketika buat permohonan pengeluaran ada diberikan notifikasi jumlah yang ingin dikeluarkan. Akan tetapi, bila duit masuk, tiada notifikasi yang dikeluarkan. Tiba-tiba duit masuk dalam akaun Maybank. Kena semak setiap hari.

Sebab aku keluarkan RM2,000, jadi untuk bulan ini, tidak lagi dibenarkan untuk buat sebarang pengeluaran secara online. Nak keluarkan atau nak merasa lagi duit dividen ASB tersebut, kena pergi ke kaunter dan buatlah berapa pun pengeluaran.

Kalau nak buat juga online, kena tunggu pada bulan hadapan. Boleh dapat lagi ‘kuota’ RM2,000 tersebut untuk keluarkan dari aplikasi myASNB.

Mudah sahaja urusannya.

Leave a Reply