Dalam banyak-banyak musim di Jepun, setakat ini hanya musim Sakura sahaja aku tak pernah sampai. Selain daripada Musim Bunga iaitu musim panas, musim sejuk dan musim luruh semua aku dah pernah jejakkan kaki di negara matahari terbit tersebut.
Untuk trip sebelum-sebelum ini, aku pernah pergi waktu summer iaitu pada bulan Julai. Tujuan utama ketika itu adalah untuk Japan Open sahaja. Kejohanan tersebut berlangsung di Tokyo. Dalam masa yang sama juga aku pergi tonton game bola sepak di Ajinomoto Stadium untuk match Tokyo FC.
Ketika itu, cuaca memang sebijik macam Malaysia, panas. Jadi aku banyakkan aktiviti indoor sahaja termasuk menonton wayang. Kali pertama tengok wayang, tapi tak faham. Masa tu memang tengah hype Demon Slayer Infinity Castle. Tengok cerita tiada subtitle.
Kemudian winter season termasuk musim salji. Pernah rasa salji buat kali pertama di Sapporo, Hokkaido. Itulah kali pertama aku merasai pengalaman tengok dan rasa sendiri salji yang sebenar. Memang pengalaman yang takkan dilupakan.
Kemudian waktu autumn merasa di Fukuoka. Sebelum ini aku dah pernah merasa daun merah dan kuning ini ketika di Seoul. Tapi untuk di Jepun inilah pertama kali. Boleh tengok daun berwarna-warni. Paling cantik bila dia start gugur, daun ditiup angin.
Jadi waktu spring pula menjadi target untuk aku kembali ke Jepun demi mencari bunga Sakura. Pada sibuk hunting flight ticket, aku baru tahu rupanya bunga Sakura ini boleh mekar seawal Januari lagi.
Plan Untuk Musim Bunga Di Jepun Untuk Mencari Sakura
Untuk tahun 2026 ni, aku dah plan dan kali ini mungkin tidak bergerak secara solo untuk travel ke Jepun. Secara spesifiki adalah untuk pergi ke Tokyo. Kalau ada rezeki, mungkin pergi bersama kawan yang sama ketika trip ke Osaka-Kyoto sebelum ini.
Plan asal memang untuk cari Sakura ketika musim bunga. Kebiasaanya di Jepun, musim sejuk bermula Disember-Mac. Kemudian musim bunga April – Mei. Musim panas dari Jun hingga September dan musim luruh bermula Oktober hingga November.
Jadi daripada tempoh ini, aku pilih untuk pergi awal April iaitu biasanya berlaku Cherry Blossom terutamanya di sekitar Tokyo. Daripada itulah, aku start untuk cari tiket kapal terbang. Kot-kot boleh dapat harga yang berpatutan. Tetapi setakat ini masih mahal.
Dalam sibuk duk cari tiket flight, tiba-tiba terjumpa satu perkongsian pengguna Threads @dianasaridewii berkaitan tarikh dan tempat bagi early Cherry Blossom. Daripada senarai tersebut, aku tengok paling awal adalah pada bulan Januari. Aik? Sakura dah keluar awal ke? Dah nak kiamat ke atau spring datang awal?
Itulah persoalan yang timbul masa mula-mula tengok post tersebut.
Lepas tu duk buat research, tengok perkongsian orang ramai, rupanya memang biasa je perkara tersebut. Bunga Sakura terutamanya di Jepun memang ada yang kembang atau mekar lebih awal. Akan tetapi ianya bukan melibatkan semua tempat dan kebiasaan.
Selalunya yang mekar awal ini hanya di beberapa spot atau kelompok sahaja. Ianya bukanlah mekar untuk setiap pohon Sakura. Kalau baca-baca, jenis pohon Sakura yang mekar awal ni ialah Atami-zakura. Katanya lagi boleh bertahan sehingga sebulan.
Daripada perkongsian tersebut, anda boleh jumpa bunga Sakura tersebut di prefecture Shizuoka iaitu bermula hujung Januari hingga Februari. Pada waktu ini juga akan berlangsung Atami Sakura Itogawa Festival. Ada yang sempat tengok bunga jenis ini?
Kemudian ada juga Sakura yang mekar pada bulan Februari hingga jenis Kawazu-zakura. Anda boleh jumpa di Kanagawa Prefecture. Boleh bertahan sehingga awal Mac.
Musim Sakura Tetap Pada Bulan Mac-April
Meskipun pada Januari – Februari ini ada bunga yang sudah mekar, tetapi waktu yang sebenar tetapi sekitar bulan Mac hingga April. Inilah waktu sebenar untuk musim bunga di Jepun termasuklah di Tokyo. Inilah waktu yang sesuai untuk aku datang.
Tapi tempoh 2 bulan itu terlalu lama untuk bunga Sakura. Biasanya bunga-bunga ini akan bertahan sekitar 2 minggu sahaja selepas mula mekar. Selepas dah fully bloom, mungkin sekitar 1 minggu sahaja. Kemudian semuanya akan gugur dan tumbuh daun hijau pula seperti biasa.
Dalam tempoh 2 minggu itulah, aku nak cari tiket flight yang betul-betul tepat. Kalau boleh sampai di Tokyo nanti sama juga hari pertama untuk bunga Sakura berkembang mekar. Dah dapat tengok depan mata, bergambar, barulah biarkan mereka gugur.
Tapi sekiranya plan ini gagal dan berkubur di tengah jalan. Aku akan guna plan B yang mana akan pergi dan buat solo trip sahaja. Kalau dah pergi seorang ni, memang aku akan guna ID90 la. Tak kisah la tiket standby pun, yang pasti kena sampai juga.
Kena juga cuba untuk sempurnakan trip 4 musim aku ke Jepun pada tahun ini juga!