Senarai 4 Peserta GVUndi Masuk Gegar Vaganza Fantasia 2026

Minggu 2 yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat Gegar Vaganza Fantasia 2026 apabila akan diumumkan peserta GVUndi Masuk bagi memenuhi 4 lagi kuota hotseat sekali gus akan bersaing bersama 9 peserta yang lain.

Pada minggu pertama yang lalu, pihak Astro telah mengumumkan akan ada 4 peserta lagi yang akan dibawa masuk ke GV Fantasia bagi melengkapkan 13 peserta kesemuanya. Mereka akan dipilih menerusi undian online.

Seramai 25 calon telah disenaraikan dan kesemua peserta tersebut berpotensi menjadi peserta GV Fantasia kali ini. Caranya adalah menerusi GVUndi Masuk yang mana undian telah dibuka sehingga 13 November yang lalu.

BACA JUGA : Senarai 25 Calon Peserta GV Fantasia Untuk UNDI MASUK

Kesemua calon peserta ini adalah terdiri daripada alumni setiap musim Akademi Fantasia. Disebabkan 4 bekas juara (AF7, AF9, AF2015, 2016) tidak berkesempatan untuk sertai, maka peluang ini dibuka kepada calon peserta AF yang lain.

Maka pada 15 November 2026, hari Ahad iaitu ketika konsert minggu 2 berlangsung, pihak Astro menerusi 3 trio hos Nabil, Jihan dan Sherry secara rasmi mengumumkan 4 peserta yang mempunyai undian tertinggi untuk GVUndi Masuk.

BACA JUGA : Cara Menonton GV Fantasia Secara Online Tanpa Langgan Astro

Senarai 4 Peserta GVUndi Masuk ke Gegar Vaganza Fantasia 2026

4 peserta ini mendapat undian tertinggi secara online yang telah dibuat selama seminggu. Peserta tersebut ialah :

  1. Akim (AF7)
  2. Farah (AF2)
  3. Felix (AF3)
  4. Ara Johari (AF2016)
4 peserta terbaru gegar vaganza fantasia 2026

Akim merupakan alumni AF7 berlangsung pada tahun 2009 yang mana ketika itu beliau memenangi tempat ke-3. Jadi Akim akan mengambil tempat Hafiz Suip sebagai untuk slot AF7.

Farah yang terkenal dengan tagline ‘Breep Breep’ merupakan alumni AF2, iaitu sama musim dengan Zahid. Farah berjaya mara ke konserta final pada tahun 2004 tersebut dan memenangi tempat keempat. Ambil slot AF9.

Jika anda lihat ketika AF3 iaitu tahun 2005, Felix merupakan pesaing hebat kepada Mawi. Disebabkan aura Tsumawi tersebut tiada ubatnya, Felix meraih gelaran naib juara. Ambil slot AF2015.

Peserta terakhir ialah Ara Johari. Menjadi peserta paling bongsu daripada senior mereka iaitu musim Akademi Fantasia terakhir di AF2016. Ara juga meraih tempat keempat ketika bersaing dengan Amir Masdi yang menjadi juara ketika itu.

Daripada senarai ini, hanya AF9 dan AF2015 tiada wakil untuk bersaing dalam Gegar Vaganza Fantasia 2026. Maka cukuplah 13 peserta untuk musim kali ini dan sudah pastinya persaingan menjadi lebih sengit.

BACA JUGA : Senarai Penuh Peserta Gegar Vaganza Fantasia 2026

Kedudukan Undian Online Peserta Masuk GV Fantasia

Berikut merupakan peratusan undian bagi setiap 25 calon peserta GVUndi Masuk ke Gegar Vaganza Fantasia 2026:

PesertaPeratusan (%)
1) Akim Ahmad25.34
2) Farah Anuar16.09
3) Felix13.67
4) Ara Johari8.71
5) Farhan8.61
6) Adam6.72
7) Amylea Azizan3.68
8) Aril Pilus3.38
9) Khai1.81
10) Daus1.59
11) Velvet1.55
12) Aman Aziz1.47
13) Fyna Jebat1.37
14) Billa Najmi1.25
15) Lena0.97
16) Amal0.94
17) Maulana0.59
18) Riz Zaizizi0.50
19) Ewal0.44
20) Azizi0.33
21) Toi0.28
22) Aswad0.22
23) Ismaliza0.19
24) Ebi Kornales0.18
25) Afi0.11
Sumber : bernama.lifestyle

Seperti yang diumumkan, jumlah keseluruhan undian dibuat sepanjang GVUndi Masuk ini adalah lebih 800 ribu. Ini bermakna daripada Akim (25%) sahaja adalah lebih 200 ribu undian.

Jadi kesemua empat-empat peserta ini akan bertukar dari GVUndi Masuk kepada GVUndi iaitu mewakili 10% markah undian daripada markah keseluruhan. Selebihnya iaitu 90% datang daripada juri profesional.

Anda puas hati tak dengan keputusan UNDI MASUK kali ini?

1 thought on “Senarai 4 Peserta GVUndi Masuk Gegar Vaganza Fantasia 2026”

Leave a Reply