Kejutan demi kejutan dan itulah yang berlaku pada minggu pertama Gegar Vaganza Fantasia. Paling menarik sudah pastinya calon 25 peserta GV Fantasia Undi Masuk bagi mengisi 4 kekosongan hotseat yang masih berbaki.
Jika dilihat daripada 9 peserta GV Fantasia musim terbaru kali ini, kesemuanya adalah bekas juara Akademi Fantasia. Tetapi hanya 4 sahaja yang tiada wakil iaitu AF7, AF9, AF2015 dan AF2016. Jadi ramai yang merasakan empat peserta berbaki ini akan diumumkan pada minggu pertama nanti.
BACA JUGA : Senarai 9 Peserta Awal Gegar Vaganza Fantasia Musim Ke-13 Tahun 2026
Tekaan penonton hampir tempat apabila Astro memberi bertubi-tubi kejutan pada malam tersebut. Pada mulanya memperkenalkan 2 peserta tambahan iaitu Sufi Rashid dan Amir Masdi iaitu masing-masing daripada AF2015 dan AF2016. Tidak cukup dengan itu, pada malam tersebut dibawakan juga juara Kilauan Emas Selebriti, Dato’ Jaluluddin Hassan dan juara Big Stage 2026 iaitu Hussain.
Masing-masing menyangkakan keempat-empat invididu ini adalah peserta yang berbaki. Tetapi sangkaan tersebut semuanya meleset. Ini kerana mereka datang hanya sekadar untuk memeriahkan lagi GV kali ini. Sebenarnya 4 kerusi panas tersebut adalah untuk slot GV Fantasia Undi Masuk.
BACA JUGA : Ini Keputusan 4 Peserta Kerusi Panas Untuk GV Fantasia
Melalui pengumuman yang dibuat, seramai 25 peserta yang terpilih dan mungkin berpeluang untuk mengisi 4 hotseat tersebut untuk minggu seterusnya. Akan tetapi senarai ini adalah tidak termasuk untuk bekas juara AF.
Senarai 25 Peserta GV Fantasia Undi Masuk Untuk Penuhi 4 Slot Hotseat
Jika Akademi Fantasia ada AFMasuk, pada GV Fantasia kali ini pun ada Undi Masuk. Jadi peminat berpeluang untuk memilih dan mengundi 25 peserta kegemaran mereka yang layak menjadi peserta Gegar Vaganza Fantasia bersama 9 peserta yang lain.
| Musim AF | Peserta | Musim AF | Peserta |
|---|---|---|---|
| AF1 | Khai | AF7 | Akim Ahmad |
| AF1 | Azizi | AF7 | Isma |
| AF2 | Adam | AF8 | Daus |
| AF2 | Farah | AF8 | Maulana |
| AF3 | Felix | AF9 | Lena |
| AF3 | Amylea | AF9 | Fyna Jebat |
| AF4 | Farhan | AF2014 | Aman Aziz |
| AF4 | Velvet | AF2014 | Ewal |
| AF5 | Ebi Kornelis | AF2015 | Billa Najmi |
| AF5 | Aswad | AF2015 | Afi |
| AF6 | Riz | AF2016 | Amal |
| AF6 | Toi | AF2016 | Ara Johari |
| AF7 | Aril Pilus | – | – |

Cara Mengundi Untuk GV Fantasia Undi Masuk
Jadi dah jumpa peserta kegemaran anda daripada 25 senarai tersebut? Jika sudah, kini anda lah penentunya. Anda boleh UNDI MASUK peserta kegemaran untuk diserapkan menjadi peserta seterusnya bagi Gegar Vaganza Fantasia 2026.
Undian adalah dibuat menerusi Whatsapp Chatbox. Caranya, anda pergi ke laman web Astro Gempak di https://gempak.com/gegarvaganza, kemudian klik pada butang Undi Whatsapp pada Gegar Vaganza Fantasia | Hot Seat

Anda akan dibawa ke app Whatsapp. Seterusnya klik pada pautan yang diberi dalam chatbox Whatsapp tersebut – klik sini utk daftar. Kemudian masukkan butiran nama dan no. telefon anda. Langkah seterusnya klik pada tab Hotseat dan pilih peserta.

Anda mempunyai 5 kredit undian percuma setiap hari yang mana anda boleh undi lima 5 kali sahaja setiap hari. Undian telah dibuka hari ini dan ditutup pad 13 November 2026 (Jumaat) pada pukul 6.00 petang.
3 thoughts on “Senarai 25 Peserta GV Fantasia Undi masuk & Cara Mengundi 4 Hotseat Yang Tinggal”