Musim terbaru GV kali ini, kita sebagai penonton juga boleh memberi markah kepada peserta Gegar Vaganza Fantasia. Ya, kita boleh undi peserta kegemaran yang mana ianya mewakili 10% daripada markah keseluruhan.
Secara tradisi markah keseluruhan setiap peserta Gegar Vaganza adalah 100% daripada juri profesional. Akan tetapi untuk musim ke-13 Gegar Vaganza Fantasia ini, markah juri hanyalah 90% sahaja dan selebihnya 10% datang daripada undian online.
Ianya merupakan nostalgia untuk program Akademi Fantasia dimana markah keseluruhan adalah datang daripada undian peminat. Jadi sebab dah bergabung jadi GV Vaganza, markah juri profesional ada, markah undian online pun ada.
Tempoh Undian Online Bermula Dan Hadiah Yang Diperoleh
Untuk undian online atau juga dipanggila GVUNDI ini ianya dibawakan oleh CelcomDigi. Tapi jangan risau, anda tidak perlu pun menggunakan sambungan telco tersebut. Yang penting ada aplikasi Whatsapp sahaja.
BACA JUGA : Undi Masuk Daripada 25 Peserta GV Fantasia Di Whatsapp
Undian online akan dibuka setiap minggu bermula pada tengah malam iaitu 12.01 pagi selepas tamat konsert Ahad. Kemudian akan ditutup tepat pada malam konsert selepas pengumuman dibuat oleh hos sewaktu siaran langsung.
Setiap orang mempunyai 5 kredit undian percuma setiap hari. Ini bermakna, anda boleh mengundi lima kali je sehari. Nak undi lagi, tunggu pada hari esok dan seterusnya. Undian yang tidak digunakan pada hari tersebut akan luput.
Selain daripada mewakili undian 10% markah, GVUNDI ini juga mewakili untuk Undi Bintang Paling Power CelcomDigi. Peserta yang mendapat peratusan tertinggi pada minggu tersebut akan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500.

Cara Undi Peserta Gegar Vaganza Fantasia Secara Online
Setiap peserta dalam GV Fantasia kini mempunyai fanclub yang tersendiri. Sudah pastinya mereka akan mengundi artis kegemaran mereka untuk memenuhi 10% markah tersebut supaya mereka akan terus bersaing hingga ke final.
BACA JUGA : Senarai Peserta GV Fantasia Musim Ke-13 Untuk Tahun 2026
Bukan itu sahaja, penonton di rumah juga pastinya mempunyai artis kegemaran tersendiri. Mereka turut juga akan mengundi secara online. Boleh dibuat pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Yang penting ada internet dan aplikasi Whatsapp.
1) Anda boleh pergi ke portal https://gempak.com/gegarvaganza atau KLIK SINI untuk terus mengundi. Boleh juga scan kod QR dalam gambar dibawah.

2) Anda akan dibawa ke Whatsapp Chat Bot. Tekan send GVUNDI. Anda akan diberikan pautan mengundi dan klik pada ‘klik sini untuk daftar‘.

3) Jadi disinilah proses undian bermula dan anda akan mengundi peserta. Pilih mana-mana peserta dan masukkan jumlah undian yang ingin diberikan. Kemudian klik Hantar Undian. Gunakan kesemua 5 undian percuma yang diberikan sehingga habis

Kini anda sudah menjalankan tanggungjawab dengan mewakili 10% daripada markah keseluruhan. Anda mungkin menjadi penentu kedudukan bagi setiap peserta Gegar Vaganza Fantasia musim kali ini.
akim
Akim
Akim