Mana yang tak tahu, bermula November 2026 untuk tempahan slot booking Rembayung akan menggunakan sistem Grab. Ya, aplikasi Grab biasa orang order kereta atau makanan tu. Jadi sistem lama tidak lagi digunapakai.
Fighter dan pejuang slot Rembayung mesti tahu, ketika awal pembukaan restoren Khairul Aming ni, nak booking meja kena guna sistem UMAI iaitu di restaurant.umai. Tak boleh tiba-tiba nak datang terus makan di Rembayung, kena booking dulu.

Jadi sepanjang tempoh tersebut sehingga Oktober, semua berebut untuk dapatkan slot. Hari-hari pukul 9.00 malam buka laptop, buka phone untuk booking Rembayung guna UMAI. Kebiasaanya hampa kerana sudah sold out sehingga 2 minggu lebih awal.
Lagi tak best, sebenarnya yang buat tempahan slot Rembayung tu bukan nak makan kat restoren pun, tapi nak jual balik. Mereka ini digelar scalper terhina. Mereka beli slot banyak-banyak dan jual balik dengan harga yang tinggi. Sebab permintaan tinggi, ada la juga yang beli. Ada sehingga RM30/pax. Dah kalau 8 pax, RM240 macam tu je free scalper dapat.
Tapi kini bermula November 2026, Khairul Aming keluarkan sistem baru untuk membendung penipuan scalper. Jadi orang ramai yang nak makan di Rembayung boleh buat tempahan atau booking menggunakan aplikasi Grab.
BACA JUGA : Senarai Menu Rembayung Beserta Harga
Buat masa ini, scalper tidak berjaya lagi nak cari jalan macam mana nak menipu. Sistem Grab ini lebih adil untuk semua orang. Paling penting, masa datang ke Rembayung, anda kena tunjuk booking order terus dari apps Grab. Tak boleh screenshot.
Cara Booking Slot Rembayung Menggunakan Aplikasi Grab
Tidak boleh tidak, kalau nak booking Rembayung lepas ni kena ada akaun Grab. Jadi anda boleh download dulu aplikasi Grab di Play Store atau App Store secara percuma. Kemudian daftar seperti biasa hingga selesai.
1) Buka aplikasi Grab dan pada halaman utama, klik Dine Out

2) Seterusnya cari ‘Rembayung’ pada bahagian carian dan klik Rembayung – Kampung Baru

3) Klik butang Book a Table

4) Jadi disinilah anda perlu berebut untuk dapatkan slot tempahan meja. Anda masukkan maklumat berkaitan pada bahagian Adults, Date, Seating Preference dan Time.
Paling sedikit anda boleh pilih 3pax dan paling ramai 8pax untuk satu booking. Kemudian tarikh tempahan adalah sehingga 30 hari berikutnya. Anda boleh pilih untuk dine in atau take away. Akhir sekali barulah cari masa yang available untuk anda datang makan.

Jika dah berjaya semua, boleh klik Continue
5) Review terlebih dahulu maklumat tempahan anda tersebut. Pastikan cukup jumlah pax dan masa yang dipilih. Juga dipaparkan deposit yang perlu dibayar (1pax = RM20). Jika sudah lengkap, klik Book Now dan akhirnya Pay

Bayar seperti biasa menggunakan apps Grab sehingga selesai. Akhirnya anda akan diberikan booking order. Nanti masa tiba di Rembayung, tunjukkan booking order tersebut pada kaunter sebelum masuk ke restoren.

5 Syarat Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Booking Rembayung
Tapi sebelum anda nak booking slot untuk makan di Rembayung, anda kena tahu beberapa syarat yang dikenakan :
- Deposit dikenakan untuk setiap pelanggan iaitu 1 pax = RM10. Akan tetapi deposit ini akan ditolak daripada jumlah bil yang dikenakan ketika bayar di restoren nanti.
- Deposit akan burn sekiranya anda tidak datang pada waktu yang ditetapkan. Tidak dipulangkan
- Untuk pengesahan tempahan. Wajib bawa telefon yang digunakan ketika buat booking dan tunjukkan booking order ketika buat pengesahan. Gambar atau screenshot tidak diterima.
- Setiap pengguna (akaun Grab) hanya boleh booking Rembayung sekali sahaja dalam tempoh 14 hari.
- Mesti datang dalam tempoh atau masa dengan jumlah pax yang telah ditetapkan. Tak boleh lebih jumlah pax. Kalau tidak, tak boleh masuk. Jumlah pax kurang takpa. Booking 3pax, datang seorang pun boleh.
- Bayi dan kanak-kanak juga dikira dalam jumlah pax tanpa mengira umur
- Masa makan hanya diberikan selama 1 jam 45 minit sahaja.
- Rembayung beroperasi setiap hari kecuali hari Jumaat (cuti).
- Kuota dine in yang disediakan adalah sebanyak 80% dalam tempoh sebulan. Lagi 20% dibuka berperingkat di Grab setiap hari
- Buka selalu apps Grab untuk dapatkan slot. Ada yang suggest bukan pukul 3.00 petang dan 11.00 malam
Jadi korang dah pernah berjaya rebut slot Rembayung tak setakat ini? Kongsikan dengan kami.
1 thought on “Cara Booking Rembayung Guna Grab – Kini Dapat Slot Lebih Mudah”